Template by:
Free Blog Templates

19 July 2012

Rukun tetangga















Pihak berkenaan digesa agar mempercepatkan proses kelulusan permohonan rukun tetangga.

Pada masa ini proses menubuhkan rukun tetangga mengambil masa terlalu lama hingga sampai dua tahun.

Jika terlalu lama ia boleh mematahkan semangat mereka yang ingin menubuhkannya.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berucap merasmikan majlis makan malam dan pelancaran bulan kemerderkaan rukun tetangga zon Selama di Kubu Gajah malam ini.

Turut hadir penolong pegawai perpaduan daerah Larut Matang dan Selama, Radzi Kamaruddin,pengerusi jawatankuasa penyelaras RT daerah Kecil Selama, Isa Anuar dan pengerusi RT Kubu Gajah, Abdul Karim Haji Ismail di dewan masyarakat kampung tersusun Kubu Gajah.

Beliau berkata penubuhan rukun tetangga dapat menguatkan lagi perpaduan kaum serta semangat baertanggungjawab keatas menjaga kesejahteraan dan keamanan negara.

Setiap rukun tetangga menerima peruntukan RM 2,400 daripada kerajaan dan mereka digesa menggunakannya untuk menganjurkan aktiviti kemasyarakatan.

Pada masa ini terdapat 86 buah rukun tetangga yang telah ditubuhkan di daerah Larut, Matang dan Selama serta Kerian.

Pelbagai persembahan kebudayaan,nyanyian nasyid dan bacaan puisi turut diadakan dengan iringan muzik solo Abdul karim.

0 comments: