Template by:
Free Blog Templates

9 July 2012

Pusat sukan










Dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah akan menjadi pusat sukan tidak lama lagi.

Sebuat pusat sukan lasak bernilai RM 450,000 yang akan menjadi pilot projek di Perak akan dibina di Felda Ijok.

Satu tapak seluas lebih 10 ekar telah dikenal pasti bagi pembinaan kompleks tersebut.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar melawat tapak yang dicadangkan pengurusan Felda, petang tadi.

Turut hadir pemolong pegawai belia dan sukan daerah Larut, Matang dan Selama, Nasaruddin Mawi, ketua kampung Felda, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman, pengerusi belia Felda, Nizam Ahmad dan pakar teknikal sukan lasak 4 X 4 dan motorcross roas to Kubu Gajah.

Dengan terbinannya sukan lasak itu bermakna sudah ada trek kekal untuk perlumbaan 4 X 4 dan Motoercross dan kejohanan road to Kubu Gajah telah dipilih sebagai acara tahunan kalender kerajaan negeri sempena tahun melawat Perak.

Perlumbaan 4 X 4 road to Kubu Gajah yang diadakan dari 7 hingga 8 julai mendapat sambutan luar biasa dengan penonton yang hadir melebihi 10,000 orang dan merupakan diantara pengajuran terbaik dan yang pertama dirancang di rancangan tanah felda di negara ini.

Pusat sukan itu juga akan mempunyai kemudahan acara sukan lasak yang lain.

Terdahulu ketika berucap di jamuan teh meraikan petugas perlumbaan 4 X 4 road to Kubu Gajah, beliau berkata aktiviti sukan diluar bandar turut membantu menjana ekonomi penduduk tempatan.

Beliau berterima kasih sokongan penuh masyarakat luarbandar dalam memajukan industri sukan tempatan.

0 comments: