Template by:
Free Blog Templates

28 July 2012

Kemudahan

















Kerajaan akan melaksanakan beberapa lagi projek menaik taraf jalan kampung dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar turut mengumumkan pembinaan jalan asas sepanjang 1.2 kilometer di Felda, Ijok.

Jalan tersebut menelan belanja RM 160,000 dari Felda ke kampung Teras yang kebetulan jalan tersebut menghubungkan kedua-dua buah kampung dan tanah rancangan Felda sampai ke sempadan kampung berkenaan.

Beliau yang juga ketua UMNO bahagian Larut berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa dan penyampaian sembangan kepada warga emas di kampung Tebing Tinggi petang tadi.

Beliau juga menyampaikan sumbangan dua buah komputer kepada sekolah kebangsaan Tebing Tinggi dan seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) bukan melayu di dewan Tebing Tinggi.

Beliau juga mengumumka satu lagi projek melebar jalan kampung sepanjang 0.2 kilometer di kampung sungai Malau menelan belanja RM 60,000.

Mengenai politik, beliau menegaskan walaupun banyak gambaran baik yang diberikan oleh ramai pihak terhadap barisan nasional (BN) dalam pilihanraya umum (PRU) ke 13, tetapi ahli-ahli parti jangan ambil mudah dalam memperkukuhkan jentera parti.

Ada baiknya apa yang berlaku pada pru ke 12 dijadikan iktibar kepada seluruh ahli UMNO dan BN bagi menjamin kemenangan cemerlang pada pru yang akan datang.

Beliau juga mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan pihak-pihak yang hendak menjatuhkan BN dengan membuat fitnah.

5 comments:

Anonymous said...

Saya lihat pembangunan asyik kampung Teras sahaja.

Saya taklah cemburu. Tapi kita mesti proaktif juga.

Sebagai contoh jika YMDS bangunkan Kampung YMDS (kampung tengah) sudah tentu kaum keluarga YMDS dan lain-akan berhijrah balik kampung.

Pembangunan banyak dilaksanakan seraca reaktif tapi tidak cuba mengadakan transmigrasi rakyat dari kota balik ke kampung jika kampung dimajukan terlebih dahulu.

Maksud saya ada pembangunan di dahulukan barulah orang balik ke kampung (proaktif).

Anonymous said...

Gambaran baik yang kita dengar ialah PM kita salah seorang yang aktif menggunakan twitter di dunia. Bila lagi MB kita hendak berbuat demikian. Beliau ada PHD. PM tiada PHD. Sepatutnya MB kita lebih aktif menggunakan twitter. Bila saya tulis surat kepada PM beliau cepat-cepat balas. Itulah yang mengimbirakan saya.

Saya sangat berbangga blog YMDS adalah salah satu yang paling aktif dan YMDS sangat cool orangnya kerana tidak menghina parti pembangkang melalui blogger YMDS macam yang terdapat dalam ruangan sembang. Tahniah.

Anonymous said...

Saya dengar syarahan YMDS selalunya terlalu umum.

Sebagai contoh YMDS tidak menyatakan perkara2 yang menjadi iktibar secara spesifik.

Kali ini saya lihat berbeza sedikit. Ramai anak2 kita audah pandai membaca laman web. Setelah mereka baca mereka ceritakan kepada ibu bapa mereka. Ibubapa mereka pun berasa berbelah bagi sama ada hendak memangkah BN atau pembangkang.

Saya masih berharap semua ketua cawangan harus menjawab semua isu yang terdapat di laman web jika ada tuduhan terhadap UMNO. Jika pemimpin UMNO yang dituduh AJK hendaklah bermesyuarat untuk menyaman mereka yang hendak menjadi jaguh tempatan yang membuat tuduhan. Bertindaklah segera kalau hendak menang. Kalau kena tangkap satu saya rasa sudah tentu YMDS boleh menang. Kalau dua majoriti bertambah.

Anonymous said...

Assalamualaikum.. saya mohon Dato lihat masalah bekalan air yang terputus difelda ijok sekarang.. saya telah menghubungi talian hotline lembaga air perak, petugas tidak tahu tentang masalah air diperak, apabila duhubungi kali kedua, talian tidak berfungsi,, apabila dhubungi, orang yang bertanggungjawab, jawapannya adalah paip yang telah uzur.. Dato patut berjuang utk cari dana gantikan paip lama yang uzur dan reput itu,, walau pun mungkin tidak akan dapat nama untuk political milage, tp itu menjadi kewajipan.. bayangkan, saya tidfak mandi selama dua hari, akhirnya balik ke kuala lumpur untuk mandi,,

Anonymous said...

"Fitnah" yang tersebar sekarang ialah fitnah pancing undi.

Saya tak tahu macam mana nak menerangkan fitnah ini.

Sebab itu saya syorkan bantuan untuk individu hendaklah diberikan selepas pilihan raya...bulan April.

Buat sekarang ni perlu MB menuanaikan janji lama.

Janji ini ialah hendak membangunkan pekan Kubu Gajah, Ijok dan Batu Kurau.

Kalau landscapenya berubah sebelum pilihanraya alangkah baiknya.

Yang lain simpan duit dan berikan selepas pilihan raya.

Saya lihat pekan di Ulu Kelantan pun membangun dengan pesat Lebih2 lagi di Sabah dan Sarawak.

Lihatlah kawasan Parliamen Santubong (Sarawak)atau Penampang (Sabah). Dulu Batu Kurau dan Ijok lagi hebat dari tempat2 ini.

Adakah BN nak mengosongkan tabung duit Federal? Kalau mereka kalah pembangkang tak ada duit lagi untuk membangunkan negara?

Perkara inilah yang saya fikir sekarang ini kerana saya lihat semua pemimpin bagi duit bila buat lawatan.

Habiskanlah dahulu janji untuk pembangunan yang dijanjikan dan kalau ada duit lebih baru bagi kepada semua rakyat.