Template by:
Free Blog Templates

21 July 2012

KEMAS





Kemas Perak diminta menjelaskan kenapa dua jawatan penting yang masih kosong dalam Parlimen masih belum diisi.

Jawatan itu kosong sejak dua tahun yang lalu ekoran perletakan jawatan oleh seorang Pegawai Kemas manakala seorang lagi pegawai mohon bertukar ke negeri lain,

Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata jawatan itu kosong sejak dua tahun lalu dan permohonan telah dikemuka, tetapi tiada jawapan atau penjelasan kenapa ia hingga sekarang tidak diisi.

Perkara itu pernah dibangkitkan ke pengetahuan pihak Kemas Negeri dan Daerah, tetapi yang difahamkan ialah ia masih belum disisi kerana belum mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam,

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin ketika berucap di satu perjumpaan di Kampung Mesjid, Ijok menambah adalah amat merugikan jika kekosongan itu tidak diisi kerana ia tidak membantu mengatasi masalah pekerjaan, terutama di kalangan anak tempatan.

Kegagalan pihak berkenaan mengisi jawatan tersebut seperti mereka menafikan hak bahagian berkenaan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah menambah, Menteri Kemajuan Luarbandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal dijadualkan meresmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Larut pada 15 Septermber ini.

Beliau menegaskan beliau secara peribadi dan bahagian tersebut sentiasa memberikan sokongan kepada Kemas dalam menjalankan program mereka.

4 comments:

Anonymous said...

Saya harap Datuk Seri Shafie Afdal dapat mengubah landscape LMS.

Kalau tidak, di peridangan2 yang akan datang panggilah orang lain yang dapat membantu membangunankan LMS.

Saya harap ahli UMNO lebih matang untuk melahirkan USUL yang dapat dibantu oleh Datuk Seri untuk membangunkan LMS. Usul untuk Federal kurang menafaatnya untuk membantu LMS.

Bagaimana jika LMS di'perbandarkan' seperti rancangan Negeri Melaka?.

Walaubagaimana pun usul membahagi-bahagikan kedudukan/jawatan patutlah diberi peluang untuk ahli UMNO

Kita lihat ahli UMNO yang sama memegang beberapa jawatan hingga mereka collapse. Tan Seri diberikan Chairman. Sepatutnya jawatan tersebut diberikan kepada ahli UMNO yang lain, bukan orang yang sama dapat semua habuan hingga mereka meninggal dunia.

Begitu juga ahli UMNO yang ada trek peribadi rekod yang tidak disenangi masih menjadi pengarah syarikat. ... dan seterusnya yang amat sibuk. Mereka ini banyak busines hingga kawasan ADUN mereka terbengkalai.

Sebagai contoh jika saya ada busines yang besar dan menjadi pula pengarah 3 syarikat bolehkah saya jadi ADUN dapat memajukan tempat saya? Sudah tentu tidak?

Anonymous said...

Pegawai KEMAS yang mempunyai KPI yang baik ialah mereka yang dapat membantu muridnya berdikari dari segi mendapatkan pekerjaan dan semua anak kampung ke sekolah tabika/tadika. Jangan asyik berpolitik tapi tidak mengenalpasti mereka yang memerlukan kemahiran dan kemahiran pra-sekolah.

Anonymous said...

Kubu Gajah mula membangun sama seperti Inanam, Telipok, Putatab dll di Sabah.

Cuba YMDS tanya Datuk Seri Shafie membandingkan Kubu Gajah, Batu Kurau, Ijok dengan Inanam. Telipok, Putatan dan banyak lagi kampung di Sabah yang saya lihat sudah lebih maju dari Ijok, Kubu Gajah atau Batu Kurau. Tapi eloklah tanya Datuk Seri kenapa tempat2 ini lebih maju dari tempat kiueaLifta.

Anonymous said...

Jika YMDS pergi Sarawak/ Sabah juga Gua Musang yang mereka selalu minta ialah jalanraya.

Nampaknya jalan Jelapang-Selama tidak menguntungkan PLUS. Jalan pantai barat Lumut ke Sedari masih anak dara sudah kita hendak bina pula jalan pantai barat.

Kalau begitu boleh tidak kita minta DS Afdal naik taraf jalan Matang Pasir ke Grik setelah jalan susur keluar Matang Pasir siap dibina. Sepatutnya ia siap sebelum PR 13 (janji ditepati).

Koridor Utara mementingkan juga pembanguann sumber manusia tapi satu univeriti pun tiada di ADUN Kubu Gajah. Usul seperti kolej RISDA, universiti Veterinar boleh juga dikemukakan kepada Datuk Seri Shafie.

Diharap UMNO LMS jangan pandang ringan atas kedatangan DS Afdal. Hantarkan usul ADUN Kubu Gajah dengan cara berasingan kepada beliau sebelum beliau balik.