Template by:
Free Blog Templates

6 July 2012

4X4 Road To Kubu Gajah
















Ribuan penonton sekali lagi akan membanjiri trek di FELDA, Ijok dekat
bagi menyaksikan perlumbaan 4X4 Road to Kubu Gajah 2012, bermula besok
pagi.

Perlumbaan musim ke tiga ini dijangka lebih meriah bersempena tahun
melawat Perak dan sambutan Jubli Emas FELDA, Ijok.

Petang tadi, para peserta sejauh negara jiran, Thailand, Singapura dan
Indonesia telah mula mendaftarkan diri.

Pada tahun ini dijangkakan seramai 80 oerang peserta mengambil
bahagian dalam perlumbaan 4X4 termasuk pelumba tempatan dari Pantai
Timur dan Utara berbanding sekitar 40 orang tahun lalu.

Hadiah yang melibatkan kira-kira RM20,000 ditawarkan untuk pelbagai
katogeri - buggy harcore, medium core manakala cubross 2 stroke, 4
stroke dan terbuka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad
Zainuddin bin Raja Haji Omar selaku Pengerak program itu berkata
perlumbaan 4X4 dan Cubross bertujuan untuk mempromosi kawasan
luarbandar dalam mengecapi pembangunan.

Lebih membanggakan lagi FELDA, Ijok adalah satu-satunya rancangan
tanah di Negara ini yang dikatakan terlibat dengan program Sukan
Lasak.

Penganjuran kali ini juga meriah kerana ada persembahan bola api di
FELDA malam Ahad dan para peserta bersantai di pusat perkelahan lata
Panggung di Kampung Teras.

Acara cabutan number bertuah dan penyampaian hadiah peserta 4X4 dan
cubcross akan diadakan pada hari penutup, Ahad 8 Julai.

0 comments: