Template by:
Free Blog Templates

28 July 2012

Solat Trawih




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, menyertai penduduk Islam di Sungai Dendang mengadakan solat Trawih di Mesjid Sungai Dendang, malam tadi.

Beliau yang disertai oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut turut beramah mesra dengan masyarakat Islam di situ sambil menyeru pentingnnya perpaduan Islam diperkukuhkan tidak kira dimana mereka berada.

Beliau turut minum kopi yang disediakan di luar perkarangan Mesjid, sambil berbual dengan masyarakat Islam di situ sebelum solat Isyak.

Islam ada simbol perpaduan sejagat dan ia telah menjadi kemegahan sejak turun temurun di seluruh pelusuk dunia.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut kemudian menghadiri majlis More di Surau Pekan Kubu Gajah bersama masyarakat Islam yang lain.

2 comments:

Anonymous said...

Saya jual buah kelapa sawit di Sungai Dendang berharga 500/- satu tan. Dihari yang sama saya jual di Kubu Gajah $550 setan.

Alasan Sg Dendang mengatakan buah saya buah kecil.

Yang saya hairan Sg. Dendang tidak dapat membezakan buah kecil dengan tandan kecil.

Sebenarnya buah sawit saya buahnya besar tapi tandannya kecil. Tapi orang lain menjual buah kecil dan tandannya besar mendapat 550 setan.

Barangkali mereka di rem Sungai Dendang matanya 'buta' atau pun tak sekolah menengah agaknya.

Saya takut orang Melayu akan jual semua buah sawit ke kedai Cina jika mereka tahu apa yang terjadi kepada saya.

Bolehkah UMNO menyelaraskan harga buah kelapa sawit di ADUN Kubu Gajah.

Orang tak ada lesen masih ramai menjual buah sawit. Polis atau MPOB tak boleh buat apa2kah?

Polis selalu ronda tapi tak singgah di rem kelapa sawit dan di kedai keling botol (bayak barang saya hilang dijual harga besi buruk).

Anonymous said...

Kalau YMDS pergi sekali lagi ke Surau Kubu Gajah tolong beritahu Hj. Saad tentang lembu beliau. Saya sudah beritahu beliau tapi beliau ini macam belut. Dalam UMNO buat baik tapi lembunya dididik supaya jahat rosakkan tanaman orang tapi tidak rosakkan tanaman tuannya.

Untuk pengetahuan YMDS rumah Hj. Saad di depan dewan UMNO Kg. Tersusun. Semua orang kenal beliau atas nama tauke jual ayam di pasar Kubu Gajah.

Beliau ada tanah tapi tidak melepaskan lembunya di tanah tersebut. Sebaliknya beliau melepaskannya ke tanah kami. Alasannya ialah ditanahnya masih ada anak pokok kelapa sawit. Tapi di tanah saya ada anak pokok nangka madu.

Jika sekiranya YMDS pergi ke masjid Lembah Keluang tolong jumpa En. Rosli kerana lembu biliau lebih educated. Di tanahnya lembu tersebut tak makan anak kelapa sawitnya tetapi di tanah kami lembu tersebut makan semuanya.

Kami sudah beritahu beberapa kali tapi En Rosli selalu ka Masjid tapi lembunya tidak tahu undang2 Islam

Begitu juga lembu FELDA. Lagi terok.

Di Jelai dekat Gemas semua lembu yang tidak dijaga ditembak oleh orang kampung. Bolehkah kami berbuat demikian?

Saya sudah kirim surat ke pejabat yang berwajib supaya tidak memberi lembu kepada mereka yang tiada pagar. Tapi saya lihat mereka asyik beri lembu kepada mereka yang tiada pagar.

Pegawai Kanan RISDA kawan baik YMDS. Apa salahnya YMDS ingatkan beliau supaya memberi lembu RISDA kepada mereka yang ada pagar SAHAJA.

Sekarang ini hampir akhir tahun pejabat verteriner akan beri borang permohonan mendapatkan lembu/kambing. Saya harap YMDS juga dapat nasihatkan mereka.