Template by:
Free Blog Templates

18 July 2012

Pemilihan










Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar kekal sebagai pengerusi pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau dalam pemilihan lembaga pengarah dimesyuarat agung, hari ini.

Beliau yang juga ketua UMNO bahagian Larut sebulat suara dicalonkan untuk pemilihan lembaga pengarah lembaga pertubuhan peladang (IPP) negeri yang akan bermesyuarat lepas hari raya.

Beliau juga turut dicalonkan untuk dipilih perwakilan ke mesyuarat agung lembaga pertubuhan peladang kebangsaan (NAFAS) tahun ini.

Pengerusi unit peladang pondok Quinn,Mohd Yunus Abdul Aziz adalah satu-satunya muka baru lembaga pengarah PPK Batu Kurau yang dipilih.

Lima muka lama yang dipilih semula ialah Haji Tajuddin Ibrahim, Mohd Daud Napi, Major (B) Sabaruddin Mat Zain, ROsli Mohd Noor dan Haji Fauzi Idris untuk tempoh dua tahun.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin dipilih menjadi pengerusi PPK Batu Kurau menggantikan bekas Adun Batu Kurau, Haji Abdul Manan Mohd Ali.

0 comments: