Template by:
Free Blog Templates

2 July 2012

Futsal





















Hasrat penduduk-Penduduk terutamanya belia di Kampung Mesjid, Ijok untuk memiliki sebuah gelanggang futsal akhirnya tercapai apbila Kerajaan bersetuju membina projek tersebut tidak lama lagi.

Khabar baik itu dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmd Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika melawat tapak gelanggang bernilai RM 150,000 itu berdekatan Dewan Serbagunan Majlis Daerah di Kampung Mesjid, petang tadi.

Turut Hadir Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut, Matang dan Selama, Nasaruddin Mawi, Naib Ketua UMNO Bahagian Larut, Fauzi Kassim dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Mesjid, Abdul Aziz Jamil.

Permohonan untuk membina gelanggang futsal itu telah disampaikan oleh Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim ketika menghadiri perhimpunan Barisan Nasional pilihan Oranag Muda di padang Majlis Daerah Kampung Mesjid baru-baru ini.

Gelanggang pelbagai itu selain permainan futsal, ia boleh juga digunakan untuk Sepak Takraw, Bola Jaring, Bola Tampar dan Bola Keranjang.

Sebuah tandas awam juga akan dibina dibawah perlaksanaan projek tersebut.

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah pada masa ini terdapat gelanggang futsal yang telah dibina di Kampung Tebing Tinggi, Pekan Kubu Gajah, FELDA, Ijok, Batu 20 dan Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Banyakkan pasukan supaya ia tidak menjadi gajah putih.