Template by:
Free Blog Templates

8 July 2012

Kompleks






















































































Sebuah kompleks sukan berharga hampir setengah juta ringgit dirancang dibina di dewan undangan negeri (DUN) Kubu gajah tidak lama lagi.

Kompleks bernilai RM 450,000 itu dicadangkan dibina di Felda, Ijok dan satu tapak yang sesuai telahpun dikenal pasti.

Demikian diumumkan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap menutup perlumbaan 4 X 4 road to Kubu Gajah dan cubcross di Felda, Ijok petang tadi.

Lebih 7,000 orang penonton hadir meyasikan perlumbaan sempena tahun melawat Perak dan sempena ulangtahun Jubli emas Felda Ijok.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah beliau akan berbincang dengan pengurusan felda Ijok mengenai pembinaan projek tersebut.

Kompleks sukan lasak itu lengkap dengan kemudahan terk untuk perlumbaan 4 X 4 dan motorcross, selain tempat duduk berupa grand stand dan tempat persalinan.

Felda Ijok adalah satu-satunya kawasan felda di negara ini yang dijadikan tapak untuk program 4 X 4 dan motorcross.

Peserta dari Selangor, Vincent Koh muncul juara keseluruhan dengan memenanggi hadiah wangtunai RM 3,000 dan sebuah trophy, naib juara Termizi Kasar dari Kedah yang membawa pulang wangtunai RM 2,000 dan ketiga Ghazali Hashim juga dari Kedah yang menang wangtunai RM 1,000.

Manakali bagi perlumbaan Cubcross 2 stroke peserta Hamirul Salwan muncul juara dengan kemenangan wangtunai RM 500, naib juara Mohd Irwan Shahmin (RM300) dan ketiga Zakiruddin bin Ahmad (RM200). Kesemua mereka dari FELDA, Ijok.

Bagi ketegori Cubcross 4 stroke, Johan dimenanggi Mohd Fazil Ahmad Mazlan yang memenanggi hadiah wangtunai RM500 dari Kedah, Naib Juara Wan Mohd Naim (RM300) dari Kedah dan ketiga Mohd Iazuan bin Abdul Halim (RM200) dari Trengganu.

Seorang peserta termuda, Mustakim Supri, 13 tahun dari Kedah muncul pemenang keempat dalam ketegori Motorcross terbuka.

0 comments: