Template by:
Free Blog Templates

13 June 2009

Kenapa Isu Chin Peng Diungkit

Saya tidak faham dan kesal yang amat sangat kenapa ada bangsa sendiri yang tergamak dan masih sanggup membela Chin Peng.

Aneh sungguh kenapa hendak mempertikaikan lagi keputusan Kerajaan itu yang tidak membenarkan bekas Pemimpin Komunis itu kembali ke Tanah Air.

Saya hendak tanya kenapa mengadai maruah bangsanya sendiri? Apakah semata-mata kerana mencari populariti?

Kenapa hendak dikaitkan isu Chin Peng dengan soal kita telah berdamai dengan Kerajaan Komunis China. Lagi pun, apa istimewanya Chin Peng cuma meletakan senjata. Apa maksud letak senjata? Dia pun tidak pernah mohon maaf, menebus dosa atas kekajaman yang telah dia lakukan sebelum ini.

Saya percaya ramai diluar sana, yang masih marah dan masih tidak lupa dengan derita, sangsara dan azab serta mimpi ngeri yang telah dilalui. Jangan benarkan luka lama berdarah semula, parutnya masih ada. Justeru janganlah menaikan lagi rasa benci dan kemarahan mereka.

Kita ada sejarah dan janganlah sampai mencemar sejarah bangsa sendiri. Janganlah kerana menang sorak, Kampung tergadai.

Lupakah betapa susahnya kita mempertahankan negara ini dari ancaman Pengganas Komunis? Fikir-fikirkanlah.

0 comments: