Template by:
Free Blog Templates

8 June 2009

Sistem Tabir Yang Lemah

Saya tidak faham kenapa sistem penyampaian di setengah-tengah Jabatan dan Agensi Kerajaan masih lagi di tahap yang boleh dipertikaikan, biarpun gesaan dan kritikan telah dibuat berulangkali oleh pelbagai pihak.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menimbulkan masalah ini, selain Ahli-Ahli Politik.

Seorang kontraktor mengadu kepada Saya beliau menggeleng-gelengkan kepala, bagaimana file permohonannya di sebuah Agensi Kerajaan boleh hilang?

Tetapi, katanya bila beliau mengadu hal tersebut kepada Ketua Jabatan Agensi berkenaan, file beliau kununnya telah dijumpai dan memberi alasan tersalah letak.

Beliau mulalah meragui keikhlasan Pegawai berkenaan jika tidak kerana Ketuanya mengarahkan file tersebut dimajukan kepadanya, file tersebut barangkali telah diperap.

Soalnya kenapa perkara ini boleh berlaku? Dimanakah pentadbiran yang dikatakan bersih, cekap dan amanah? masalah sistem penyampaian yang tidaka berkesan ini, telah banyak kali dibangkitkan di Sidang Parlimen dan Dewan Negeri hingga ke hari ini.

Birokrasi adalah diantara halangan yang dikenalpasti yang masih menggangugugat perlaksanaan sistem penyampaian yang cekap dan berkesan dalam Agensi dan Jabatan Kerajaan, sekalipun KPI telah dikuatkuasakan.

Saya sendiri pernah bertanyakan kepada seoang Ketua Jabatan kenapa sistem penyampaian kita masih di tahap rendah? Katanya, salah satu faktor perkara itu terjadi ialah kerana ada Pegawai yang terpaksa menduduki banyak jawatan kerana kekosongan jawatan yang berlaku itu lewat diisi.

Seorang Pegawai berijazah dan bertaraf kontrak yang memiliki pengalaman lebih daripada tempuh yang diberikan, juga pernah mengadu sukarnya beliau untuk mendapatkan jawatan yang tetap, walaupun beliau telah berkalli-kali menghadiri temuduga.

Dalam memperbaiki dan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan, barngkali pendekatan baru wajar diperkenalkan oleh Kerajaan termasuk di peringkat Negeri.

Sebelum ini, ada sebuah Agensi Pengkuatkuasa Kerajaan menawarkan hadiah dan kenaikan pangkat jika ada maklumat mengenai kegiatan penyeludupan.

Dan baru-baru ini, ada sebuah Negeri dikatakan telah menawarkan hadiah dan kenaikan pangkat kepada mana-mana kakitangannya yang memberi maklumat mengenai rasuah.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pernah mencadangkan hadiah Penyapu bagi mempertingkatkan hasil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hingga mencetuskan kontrovesi.

Saya merasakan kaunter-kaunter yang berurusan dengan orang ramai hendaklah terus di buka sepanjang waktu pejabat dan jangan ditutup pada waktu makan tengahari dengan cara bekerja secara bergilir-gilir.

Ada Jabatan Persekutuan yang telah memperkenalkan sistem tersebut dan ternyata menyenangkan orang ramai yang berurusan.

Barangkali masalah ini dapat diatasi sepenuhnya, setelah sistem online, meliputi semua Jabatan dan Agensi Kerajaan selesai dilaksanakan, dibawh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

2 comments:

ALAM said...

lebih baik, setiap hari jabatan kerajaan dibuka, bagi memudahkan rakyat. Kakitangan kerajaan bergilar cuti mingguan pada hari lain.

Anonymous said...

Sy harap kakitangan kerajaan bersikap lebih matang dan jgn tak reti nak meghormati tetamu. korang ditugaskan kerja kat situ sebenarnya kerja utk rakyat, bkn rakyat dikerjakan oleh korang. dah la gaji pun pakai duit rakyat.. harap jgn sombong.