Template by:
Free Blog Templates

15 June 2009

Pelan Induk Untuk DUN Kubu Gajah

Saya telah menggesa agar diadakan pelan induk atau blue print, bagi menaikan taraf Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah termasuk mendirikan Kompleks pentadbiran Kerajaan.

Jika tidak sampai bila pun Kubu Gajah tidak akan membangun dan maju kehadapan kerana banyak lagi kemudahan asas yang perlu dilaksanakan di DUN ini. Ramai lagi yang memerlukan tempat tinggal yang selesa.

Demikian Saya nyatakan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) hari ini, Isnin 15 Jun yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Datuk Mahmud Murshidi yang turut bersetuju dengan candagan tersebut.

Mesyuarat tersebut adalah yang pertama diadakan selepas Barisan Nasional (BN) mentadbir semula Negeri Perak, selepas jatuh ke tangan Pembangkang selepas Pilihanraya UMUM Mac 2008.

Selepas dipilih menjadi ADUN itu adalah kali pertama Saya dapat hadir ke Mesyuarat Tindakan Daerah.

Saya berpendapat DUN Kubu Gajah amat sesuai dibangunkan dengan program Agro-Tourism. Ini amat sesuai dengan Projek Pusat Pembiakan Kambing Bore Kerajaan Pusat di Pondok Tanjung dan Projek Home Stay Risda di Bagan Bahru, selain tempat-tempat menarik untuk pelancongan seperti di Sungai Jernih dan Redang Panjang.

Saya turut memberitahu dalam mesyuarat tersebut, Jabatan dan Agensi Kerajaan perlu membuka pejabat mereka di Kubu Gajah. Pada masa ini, Balai Penghulu pun tiada, Balai Polis pun tiada, Bomba pun tiada dan banyak lagi kemudahan yang perlu disediakana termasuk menaik taraf jalan-jalan tar ke estet, kampung dan sekolah.

Ini tidak termasuk masalah pengangkutan kerana ketiadaan Bas awam. Saya berharap Syarikat Mara Liner akan dapat segera beroperasi memandangkan Syarikat-Syarikat Bas tempatan enggan berbuat demikian disebabkan isu "kereta Sapu".

Ketiadaan kemudahan tersebut menimbulkan masalah terutama kepada pelajar sekolah yang terpaksa berulang alik. Pada masa ini, selain sekolah rendah terdapat dua buah sekolah menengah iaitu di Kubu Gajah dan Redang Panjang.

DUN Kubu Gajah juga mempunyai Rancangan FELDA dan di situ pada masa ini timbul masalah pekerjaan di kalangan anak-anak peneroka yang semakin bertambah terutama mereka yang telah berkeluarga. Ini tidak termasuk di Rancangan Tanah Belia Khas Pondok Tanjung (RTBK).

Pada mesyuarat tadi, banyak lah isu yang telah dibangkitkan termasuk masalah kemiskinan tegar yang memerlukan perhatian serious samada dari Jabatan Kebajikan itu sendiri, Baitulmal atau mana-mana Agensi yang berkaitan.

Syarikat yang melaksanakan projek Landasan Keretapi berkembar juga menjadi sasaran terutama yang berkaitan dengan isu yang menimbulkan masalah kepada masyarakat tempatan dan pengguna jalanraya.

Syarikat berkenaan telah ditegur supaya mengambil kira masalah penduduk tempatan dan jangan semata-mata mementingkan keuntungan semata-mata daripada projek bernilai lebih RM 12 blllion itu.

Tidak dinafikan projek ini akan membawa kemajuan kepada Negara, tetapi pada masa yang sama kepentingan dan kebajikan rakyat wajarlah juga diberikan perhatian termasuk setinggan yang terbabit dan terpaksa berpindah, sedangkan mereka juga berkeluarga dan anak bersekolah.

0 comments: