Template by:
Free Blog Templates

5 June 2009

Risab Kerajaan Dibenarkan Untuk Digunakan


Sebenarnya, banyak tanah milik Agensi Kerajaan yang terbiar, tidak dibangunkan. Justeru apa salahnya pada pandangan saya, jika tanah-tanah berkenaan dibenarkan digunakan sementara oleh mereka yang tidak bertanah untuk menambahkan pendapatan?

Ada juga bangunan agensi berkenaan yang tidak digunakan berkeadaan reput. Justeru, diharap langkah Kerajaan Perak menubuhkan jawatankuasa membantu setinggan agar mendapatkan geran supaya dapat membuka mata agensi lain dalam perancangan mereka, jika projek yang hendak dilaksanakan itu melibatkan tanah yang didiami oleh rakyat yang tidak ada tempat tinggal.

Mereka yang terpaksa mengosongkan tanah risab itu juga mempunyai tanggung jawab yang besar terhadap keluarga dan anak yang sedang bersekolah, bayangkan jika mereka itu diarah berpindah?

Tidak dinafikan, projek landasan berkembar KTM yang sedang dilaksanakan pasti akan meningkatkan lagi sistem pengangkutan negara, tetapi bagaimana pula dengan nasib setinggan yang terpaksa menggosongkan tanah risab KTM?

Perkara ini pernah saya bangkitkan dalam Parlimen. Saya juga pernah mengajukan soalan ini kepada Pentadbir Tanah Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), kerana projek tersebut juga melibatkan sebahagian kawasan Parlimen Larut.

Diharap, Jawatankuasa Tanah Daerah LMS yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Datuk Mahmud Murshidi akan mengenal pasti setinggan yang perlu diberikan hakmilik. Setengahnya senarai telah pun dipanjangkan, barangkali cuma menunggu untuk dipanggil temuduga.

Masalah setinggan di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah termasuk di Kelian Cinei dan beberapa tempat lagi adalah juga dalam perhatian saya.

Sebenarnya, banyak Bangunan JKR dan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain tinggal terbiar. Di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah dan DUN Batu Kurau dan Selama, rumah-rumah penghulu juga masih ada yang kosong tanpa didiami, jika adapun Penghulu yang ingin menduduki rumah berkenaan, kos perbelanjaannya amat tinggi.

Kepada KTM, seperkara lagi yang ingin saya ajukan ialah aduan masyarakat tempatan agar lori-lori projek landasan berkenaan mementingkan keselamatan pengguna jalanraya, yang lain dan janganlah menggunakannya sesuka hati mereka.

0 comments: