Template by:
Free Blog Templates

28 June 2009

Ramai KESAL Ulamak Dicerca

Ahad - 28 Jun 2009 - Batu Kurau, Perak, ramai yang menyatakan rasa kesal mereka apabila Ulamak Islam di cerca hanya kerana memberi pandangan, tetapi tidak menguntungkan perjuangan mereka.

Padahal Ulamak tidak pernah meletakan diri mereka sebagai terlibat dalam gelanggang politik kepartian, kata saya ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Rakyat anjuran Jabatan Penerangan di Kampung Changkat Jelutong, Changkat Perah, Batu Kurau.

Ulamak memberi pandangan mungkin kerana mereka merasakan sesuatu itu sudah sampai ke tahap yang membimbangkan terutama jika ia memecah belahkan islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sejak kebelakangan ini menjadi sasaran keritikan oleh pihak-pihak yang merasa rimas dan tidak selesa dengan pandangan beliau mengenai Kerajaan Perpaduan.

Mereka sebenarnya bimbang, pandangan Ulamak boleh menggurangkan pengaruh politik mereka, sekiranya rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap perjuangan politik sempit mereka.

"Jika Ulamak pun dah kita tidak hormat, kepada siapa lagi yang hendak kita rujuk perkara yang berkaitan agama" tanya saya.


Begitupun, Harussani tidak pernah menyimpan rasa dendam kepada sesiapa yang menfitnahnya kerana beliau lebih mengutamakan tanggungjawab yang diamanahkan. Lagipun, seperti kata perpatah, makin padi itu tunduk, makin ia berisi.

Sebelum ini, Pegawai Penerangan Khas (JASA), Ustaz Hasbullah Elias berikrar bersama penduduk yang hadir menentang sebarang usaha membawa balik Chin Peng ke Malaysia.

Seorang bekas Penguasa Polis turut memberikan ceramahnya tentang tiada sebab bekas Pemimpin Parti Komunis itu hendak di bawa pulang dan pentingnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bekas Ketua UMNO Bahagian Larut yang juga bekas Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selama, Datuk Mohd Ali Mohd Isa, adik kepada bekas Menteri Besar Perak dan ketua-ketua kampung adalah diantara mereka yang hadir di majlis tersebut yang diadakan di halaman sebuah rumah di situ.

0 comments: