Sabtu - 27 Jun 2009 - Selama, Perak. Pembangkang tidak kisah perpecahan dalam masyarakat asalkan hasrat dan cita-cita mereka tercapai.
Jika ada pun Ulamak yang cuba memberikan pandangan dan nasihat yang berguna, tetapi bagi mereka itu tidak penting kerana ia tidak membawa keuntungan kepada mereka.
Perpecahan dalam masyarakat kita jika dibiarkan, lama kelamaan akan hanya menguntungkan pihak yang lain. Apakah kita lebih suka melihat Negara kucar kacir? tanya saya ketika merasmikan seminar sehari anjuran Biro Tata Negara (BTN) Perak mengenai isu-isu semasa Negeri Perak untuk Wanita UMNO di Dewan Orang Ramai Taman Sentosa, Selama, hari ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sendiri menyatakan kebimbangannya jika Orang Islam terus berpecah dan pandangannya terhadap Kerajaan Perpaduan adalah ikhlas demi masa depan rakyat Negara ini.
Saya juga menyatakan kenapa mesti ada pihak-pihak yang merasa bimbang akan politik dan perjuangan mereka terjejas hanya jika wujud Kerajaan Perpaduan?
Bahkan, Barisan Nasional (BN) sejak penubuhannya lagi pada tahun 1974 telah pun mengamalkan konsep perpaduan dalam BN, justeru ia bukanlah perkara yang harus dipertikaikan.
Pembangkang tidak harus mencurigai kebaikan dan keikhlasan Kerajaan Perpaduan, cuma kita tidak sempat mengetahui penjelasan sebenarnya mengenai hal tersebut kerana ia telah ditentang habis-habisan oleh kalangan Pembangkang sendiri terhadap hasrat Pas itu.
Saya juga mengajak rakyat jelata yakin dengan Kerajaan BN yang mentadbir Negeri Perak dan memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir untuk membawa kemajuan.
Pembangunan akan terjejas, sekiranya keadaan di Perak tidak stabil sedangkan negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak semakin jauh melangkah ke hadapan.
Kira-kira 100 orang peserta hadir dalam seminar sehari itu anjuran bersama Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Larut. Program itu akan juga diadakan di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah dan Batu Kurau, dalam masa terdekat ini, kata Naib Ketuanya, Maksu Maria.
Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Anuar Ariffin, Ketua-Ketua Kampung dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian.
27 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment