Template by:
Free Blog Templates

9 June 2009

Halimah Pengerusi Baru LPKP

Tahniah diucapkan kepada Datuk Halimah Sadique, Ahli Parlimen Tenggara yang telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang baru menggantikan Datuk Markiman Kobiran.

Halimah, bekas EXCO Kerajaan Johor adalah wanita pertama menjadi Pengerusi LPKP. Markiman yang akan menjalankan tugas barunya sebagai Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri di Parlimen, mengesahkan tempat beliau digantikan oaleh orang baru mulai 15 Jun ini.

Terlanjur Halimah mengambil alih tanggungjawab tersebut, saya ingin mengulanggi masalah pengangkutan bas di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah dan DUN Batu Kurau.

Selepas pemberhentian sebuah syarikat bas, saya telah membangkitkan masalah tesebut berkali-kali kepada pihak berkenaan, malah menemui beberapa syarikat tempatan yang lain untuk mendapatkan jasa baik mereka bagi menyambung perkhidmatan bas yang terhenti itu.

Namun, sebuah syarikat yang tampil dan bersedia untuk mengambil alih perkhidmatan bas yang terhenti itu mengadu bahawa mereka tidak mungkin dapat meneruskan permintaan berkenaan kerana menghadapi persaingan dengan "kereta-kereta sapu" dan jika diteruskan juga mereka akan mengalami kerugian.

Perkara ini juga telah saya bangkitkan ke pengetahuan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Musa Mohamed.

Saya telah mancadangkan agar Syarikat Bas Mara Liner membantu mengatasi masalah ketiadaan perkhidmatan bas ini dan berharap LPKP membawanya ke pengetahuan Menteri yang baru, Datuk Seri Shafie Apdal.

Mengikut sejarah, masalah perkhidmatan bas di Batu Kurau dan Kubu Gajah ini timbul selepas sebuah syarikat yang mengendalikannya dahulu dikatakan mengalami kerugian besar. Bahkah, selepas itu saya telah berusaha mendapatkan khidmat daripada seorang pengusaha bas dari Bandar Taiping, tetapi tidak dapat bertahan lama, kerana masalah yang mereka hadapi.

Saya harap masalah ini dapat diatasi segera kerana ia membebankan penduduk dan juga pelajar-pelajar sekolah.

Mengenai masalah "kereta Sapu" diharap LPKP dapat juga mencari jalan membantu mengatasinya.

0 comments: