Template by:
Free Blog Templates

12 June 2009

PAS dan UMNO Sepakat

Saya tidak nampak kenapa PAS dan UMNO tidak boleh sepakat demi masa depan orang melayu. PAS pernah berada dalam Barisan Nasional (BN) ketika ia ditubuh dan dipimpin oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bekas Perdana Menteri pada 1974.

Kini, dalam era Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak mustahil jika PAS kembali ke dalam BN, meskipun kepimpinan PAS hari ini hanya berhasrat mewujudkan Kerajaan Perpaduan.

Jelas, apabila ada hasrat murni seperti itu, ada pihak-pihak yang tidak merasa senang hati dan mula bimbang.

Kita mesti lihat kepentingan masa depan orang melayu dan tidak ada maknanya jika berebut jika maruah bangsa tidak dapat dipertahankan.

Perpatah ada mengatakan, tidak ada maknanya jika kita menang sorak, tetapi kampung tergadai. Bersatu itu teguh, bercerai kita roboh.

Jika orang Melayu terus berpecah, yang rugi adalah orang melayu itu sendiri. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu, jika mereka sendiri tidak mampu mengubahnya. Justeru amat jelas di sini bahawa dalam menentukan masa depan bangsa, sewarjanyalah kita berusaha untuk mencari kebaikan menerusi perpaduan dan bukan bercakaran.

BN pernah menyatakan hasrat untuk membentuk Kerajaan Perak bersama dengan PAS dengan menawarkan jawatan Menteri Besar dan EXCO kepada semua Enam orang Ahli Dewan (DUN) mereka yang menang dalam Pilihanraya UMUM (PU) Mac 2008, tetapi ditolak.

PAS bagaimanapun memilih untuk membentuk Kerajaan Negeri bersama DAP yang menang 18 Kerusi dan Keadilan 7, sedangkan BN mempunyai 28 kerusi.

Jika usaha itu berhasil BN + PAS + Bebas, hari ini mempunyai 28 + 6 + 3 = 37 berbanding dengan Pembangkang cuma tinggal 22 daripada jumlah 59 kerusi DUN kesemuanya dan sudah pasti kemelut politik tidak akan berlaku.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan pemimpin PAS mengenai Kerajaan Perpaduan, tetapi yang jelas ialah ramai termasuk ahli parti itu sendiri saya percaya tidak akan membantah hasrat murni itu.

Mereka yang di luar Parti juga mengalu-alukan sebarang permuafakatan demi masa depan orang melayu itu sendiri.

Mereka tidak nampak, jika PAS dan UMNO bersepakat, tidak makna ia akan menjejaskan Perpaduan kaum dan prinsip ini jugalah yang akan kita terus pertahan dan peliharakan hingga bila-bila.

Kita berdoa semoga semua pihak melihat usaha murni ini dari sudut yang positif dan bukan untuk kepentingan politik mana-mana pihak, kerana sejarah tidak pernah membohongi fakta yang sebenar.

Lihat sajalah sejarah kita mencapai Kemerdekaan, dengan rasa murah hati tanpa ada sebarang hasrat dendam dan cemburu kepada mana-mana pihak, sebelum Penjajah membebaskan kita dari belenggu penjajahan.

0 comments: