Template by:
Free Blog Templates

15 June 2009

Wajibkan Mata Pelajaran SEJARAH

Jika Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar Bahasa Inggeris dijadikan Mata Pelajaran wajib untuk lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Saya merasakan apa salahnya, Sejarah juga dijadikan Mata Pelajaran Wajib dalam pendidikan supaya rakyat tahu dan faham asal usul mereka.

Dengan pengetahuan Sejarah yang cukup, masyarakat kita akan faham apa dia Kontrak Sosial. Mereka juga akan tahu siapa sebenarnya Pejuang Kemerdekaan bukan Chin Peng. Begitulah juga, jika mereka kaya dengan sejarah, tidak akan ada yang tergamak mempersendakan Lagu Negaraku.

Saya menyatakan demikian ketika berucap di majlis Pemimpin bersama rakyat anjuran Jabatan Penerangan di Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Tiga, Gudang petang Semalam, Ahad 14 Jun. Turut hadir ialah Ustaz Hasbullah Elias, Pegawai Penerangan Khas, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Anuar Ariffin, Ketua UMNO Cawangan Simpang Tiga Gudang, Abdul Rahman Noh, Ketua UMNO Cawangan Padang Das, Musa Ibrahim dan Ketua UMNO Cawangan Jemerang Setar, Ramli Haji Taib serta Ahli-Ahli JKKP.

Saya juga bersetuju Mata Pelajaran Bahasa Inggeris menjadi Mata Pelajaran wajib, tetapi ingin mencadangkan agar perlaksanaannya bukan sekarang, tetapi dalam tempuh 10 tahun yang akan datang supaya kita mempunyai cukup masa, memandangkan banyak persediaan yang perlu dibuat termasuk mempastikan bilangan Guru Inggeris yang berkelayakan, terutama di kawasan luarbandar.

Apapun, Syabas di ucapkan kepada Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran kerana memberi peluang kepada rakyat untuk menimbang samada setuju atau tidak dengan cadangan tersebut. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed adalah diantara mereka yang awal-awal lagi menyatakan persetujuan agar Bahasa Inggeris menjadi Mata Pelajaran Wajib.

Benar jika kita mahukan kejayaan dan pergi jauh ke hadapan, kita seharusnya sudah bersedia untuk bersaing.

Mengenai, isu Chin Peng ramai yang menyatakan rasa kesal mereka denga pihak yang mempertikaikan keputusan Kerajaan untuk tidak membenarkan bekas Pemimpin Parti Komunis Malaya itu pulang ke Tanahair.

Mereka juga berharap agar Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak agar tidak tunduk dengan sebarang desakan tersebut.

Mereka yang berbuat demikian hanyalah semata-mata untuk menarik perhatian kaum tertentu untuk memberi sokongan kepada mereka. Mereka ini, berkepentingan politik dan publisiti murah.

Mengenai Kerajaan Perpaduan, Saya menegaskan demi masa depan Orang Melayu, apa salahnya jika ada sepakat antara Pas dan UMNO, kerana Pas pernah berada dalam Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974.

1 comments:

Anonymous said...

kah..kah...naik brek sapu la sampai kiamat org batu kurau...