Insiden serangan Masjid di Negara Jiran baru-baru ini yang menyebabkan ramai yang terkorban telah mendorong ramai pihak tampil, mengutuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan bermoral itu.
Dimanakah sikap perikemanusian? Apahkah Dunia sejagat, hari ini, manusia bebas melakukan apa sahaja tanpa ada batas sempadan? Kemana perginya rasa hormat menghormati diantara satu bangsa dengan bangsa yang lain?
Kita ingin bertanya apa kah manusia sudah tidak lagi bertamadun? Apakah mereka yang membentuk masyarakat majoriti boleh bertindak melakukan sesuka hati ke atas masyarakat yang minoriti?
Masyarakat yang harapkan kedamaian dan kesejahteraan hidup telah mulai meluat melihat sikap rakus Amerika Syarikat dibawah rejim Bush, ketika mereka melancarkan serangan ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dan Menyokong tindakan Israel keatas rakyat Palastin dan juga penindasan ke atas mana-mana manusia.
Nyawa manusia yang tidak berdosa bagaikan tidak lagi berharga. Masyarakat islam di luar sana bagaikan tidak lagi selamat dan terdedah kepada ancaman dan pencerobohan.
Hari ini, Jumaat Masjid-Masjid di negeri ini telah mengadakan Sembahyang Hajat mohon ke hadrat Allah S.W.T. untuk memberi perlindungan kepada umat islam di Thailand dan juga di negara-negara seperti Palestin, Afgahnistan, Iraq dan Philipina.
Kepada Umat Islam di Malaysia jadikan apa yang telah berlaku di negara jiran itu, sebagai iktibar dan padah jika perpaduan tidak diutamakan. Tidak dinafikan ramai juga saudara-mara Masyarakat Pattani yang tinggal dan bermaustatin di negara ini.
Justeru, kita harap badan dunia, seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) janganlah wujud hanya setakat melepas batuk di tangga, tanpa sebarang usaha yang konkrik bagi menjamin keamanan dan kedamaian Dunia.
Masyarakat di negara-negara daif semakin ditindas dan terseksa hingga terpaksa menyelamatkan diri ke tempat lain bagi menyelamatkan keluarga manakala kuasa-kuasa tertentu merasa puas hati dengan tindakan mereka itu.
Kita harap masalah kita di Asean biarlah diselesaikan mengikut acuan kita sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak dari luar. Kita mesti tunjuk semangat kemampuan dan kewibawan kita sebagai negara yang juga berkebolehan seperti mana Kesatuan Eropah yang sentiasa megah dengan cara baratnya.
12 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment