Template by:
Free Blog Templates

17 June 2009

Pelajar Terlantar Sakit Memerlukan Bantuan

Hari ini, Rabu 17 Jun 2009, Saya ambil kesempatan melawat seorang pelajar perempua yang terlantar sakit sejak enam bulan lalu selepas kemalangan jalanraya di rumah tumpangannya di Kampung Tersusun, Jalan Selama, Kubu Gajah.

Rabiatultadawiah, pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah kebangsaan Datuk Haji Husein (SMKDHH) Selama, kini lumpuh dan memerlukan bantuan membiayai kos perubatannya. Sebaik melihat keadaanya, Saya telah menghubunggi Pegawai Kebajikan Daerah, Larut dan Selam, Zambri Mohamed yang berjanji untuk membantu dalam masa terdekat.
Saya juga telah menghubunggi Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin yang juga Ketua Puteri UMNO Malaysia mohon belas ehsan beliau untuk membantu rawatan Rabiatul agar dia boleh kembali belajar.

Rabiatul, bersama Ibunya kini menumpang di rumah Neneknya. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah, Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah, Cikgu Abu Samah Aliddin dan Pengerusi JKKK, Azemi Sabran.


Ahad, 14 Jun lalu, Saya juga sempat melawat seorang Warga Tua, Hussein Bin Awang Dahaman, 81 tahun di rumahnya di Padang Das, dekat Batu Kurau yang telantar sakit sejak dua tahun lalu dan amat memerlukan bantuan.

Ketua Kampung Padang Das, Musa Ibrahim memberitahu beliau telah berusaha mendapatkan bantuan saraan kepada Hussein, tetapi sehingga ini belum berhasil dan Saya juga telah meminta bantuan daripada pihak berkenaan.

0 comments: