Template by:
Free Blog Templates

1 June 2009

Nasihat Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz

Isnin, 1 Jan 2009 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz telah menerima kunjungan saya di pejabat beliau bertempat di Menara Parlimen, Kuala Lumpur.

Turut hadir sama pada pertemuan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Datuk Ir Hasni Mohamed merangkap Ketua UMNO Bahagian Pontian.

Saya dan Hasni pernah berkhidmat di bawah Nazri, ketika kami sama-sama menjadi Ahli Parlimen sebelum Pilihanraya Umum (PU) Mac 2008. Saya menjadi Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) Parlimen Malaysia manakala Hasni adalah Penolong Setiausaha (Pentadbiran).

Dalam perjumpaan tersebut, kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat dalam memperkukuhkan lagi kerajaan dan parti, terutama menjelang PU ke-13.

Nazri menyeru agar Wakil Rakyat Barisan Nasional akan bekerja kuat dan sentiasa turun ke padang untuk mendengar masalah rakyat.

Pertemuan kami itu adalah yang pertama selepas pembentukan Kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,.

2 comments:

Anonymous said...

nasihat saya untuk datuk pulak..untuk kemenangan BN pada pRU13..dengar denyutan nadi rakyat batu kurau..
1.Sampai bila org bt kurau nak naik kereta sapu.

2.Bila nak ada bas dari batu kurau pergi taiping dan kampung-kampung sekitar.

3.Jangan tunggu bila dah terhantuk baru nak terrgandah

Budak Kuala Kenas said...

Nasihat untuk Anonymous - lain kali pilihlah wakil rakyat yang faham apa erti, bagaimana dan sedia bekerja membawa perubahan. Kebanyakan wakil hanya buat-buat sibuk tapi hasil tak seberapa..