Template by:
Free Blog Templates

16 June 2009

Mendengar Rintihan Rakyat


Banyak masalah yang telah dibangkitkan semasa Saya hadir di majlis Pemimpin bersama rakyat d Kampung Simpang Tiga Gudang dalam Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah pada hari Ahad 14 Jun 2009 termasuk bantuan memperbaiki rumah.

Mereka telah mengadu mengenai kelewatan kontraktor yang telah datang membuat pemeriksaan, tetapi hingga ke hari ini masih belum apa-apa perkembangan. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pegawai Penerangan Khas, Ustaz Hasbullah Elias, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Anuar Ariffin, Ketua Cawangan Simpang Tiga Gudang, Abdul Rahman Noh, Ketua Cawangan Jemerang Setar, Ramli Haji Taib dan Ketua Cawangan Padang Das, Musa Ibrahim.

Ada juga yang bertanyakan mengenai bantuan rumah mesra rakyat anjuran Syarikat Perumahan Negara dan sumber yang lain, selain mendapatkan bantuan Kebajikan. Saya sendiri telah menghubunggi Pegawai Kebajikan Daerah Larut, Matang dan Selama, Zambri Mohamed yang bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk tempatan dalam masa terdekat, kerana ramai yang masih memerlukan bantuan sara hidup.


Masalah mendapatkan jalan kampung di Batu 20, memperbaiki parit dan longkang tersumbat serta jalan yang berlubang di Jemerang Setar juga dibangkitkan untuk tindakan pihakj-pihak berkenaan dan perkara ini telah Saya bawa ke pengetahuan Jurutera JKR Daerah untuk tindakan sewajarnya.

Masalah Keretakan Mesjid Padang Das yang memerlukan bantuan segera sebanyak RM 100,000 dan menggantikan Titi Kayu yang runtuh di situ juga telah Saya bewa ke pengetahuan Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Datuk Mahmud Murshidi untuk diambil tindakan segera.

Program yang sama juga akan diadakan di beberapa tempat di DUN Kubu Gajah bagi mendengar rintihan masyarakat tempatan.

Saya juga sempat meninjau masalah parit tersumbat yang mengakibatkan banjir di Kampung Jemerang Setar dan melihat keretakan dan korosakan Mesjid Padang Das.


Saya juga melawat seorang warga tua, Hussein bin Awang Dahaman, 81 tahun yang terlantar sakit di rumahnya di Kampung Padang Das semenjak dua tahun lalu yang memerlukan bantuan daripada Kebajikan Masyarkat.

0 comments: