Template by:
Free Blog Templates

16 June 2009

Kebersihan Restoran Di Bandar Taiping Dikuatkuasakan

Ekoran dengan virus influenza A (H1N1) Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) dalam mesyuaratnya pada hari Isnin, 15 Jun telah mengambil keputusan menguatkuasakan arahan kepada semua pemilik restoran, gerai makanan dan kantian sekolah di sekitar Majlis Perbandaran Taiping dan kawasan-kawasan yang berkaitan menyediakan sabun pencuci tangan bagi pelanggan mereka dan pelajar sekolah.

Majlis-Majlis kenduri kahwin juga disarankan menyediakan tempat basuh tangan dan sabun pencuci. Keputusan itu dicapai ketika taklimat mengenai virus tersebut diberikan oleh wakil Jabatan Kesihatan Daerah.

Kemudahan itu juga wajibkan disediakan untuk kegunaan pengunjung Hospital dan pusat-pusat Kesihatan. Menteri Kesihatan, Datuk Liow Thong Lai telah memberi nasihat agar mereka yang melawat pesakit yang dikuatiri dijangkiti virus berkenaan supaya jangan berjabat salam.

Sementara itu, menurut seorang doktor sabun yang sesuai untuk tujuan tersebut ialah yang jenis jell dan beralkohol yang boleh membunuh kuman dan dibeli di mana-mana Farmasi.

Pada Mesyuarat itu, Jabatan berkenaan telah digesa memperhebatkan kempen kepada orangramai mengenai wabak virus tersebut dan langkah-langkah untuk mencegahnya terutama di kalangan murid sekolah dan penduduk luar bandar.

0 comments: