Template by:
Free Blog Templates

29 June 2009

Bina Jalan Berjuta Ringgit, Tapi Jangan Sampai Berlaku Banjir


Isnin - 29 Jun 2009 - Kampung Masjid, Ijok, sambil gembira menyambut pembinaan sebatang jalan baru sepanjang lima kilometer dengan kos yang dianggarkan RM 15 Juta dekat Kampung Bendang Luas, penduduk-penduduk berhampiran melahirkan rasa bimbang rumah-rumah mereka akan ditenggelami air jika berlaku banjir.

"Kami bersyukur kerana, akhirnya projek yang dinanti-nanti selama ini terlaksana juga, tetapi kami juga bimbang jika tindakan tidak diambil sebelum jalan ini siap, Kampung berhampiran akan tenggelam," terang Aziz Jamil, Ketua UMNO Cawangan Kampung Masjid.

Saya sendiri meninjau ke tempat pembinaan projek tesebut selepas mendapat aduan dan perkara itu telah pun saya laporkan kepada Jurutera JKR Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Mohd Sobri bin Samid.

JKR, katanya amat memahami perkara tersebut dan telah berbincang mengenai reka bentuk projek tersebut dengan Perunding dan Kontraktor terlibat.

Projek jalan tersebut menghubungkan Bendang Luas, Teras di sebelah Ijok dengan Kampung Ulu Mengkuang, berhampiran Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sebelah Selama dan dijadualkan siap sebelum akhir tahun depan.

Selama ini, kira-kira 100 buah rumah berhampiran dengan projek itu sentiasa mengalami banjir jika hujan turun dengan lebat, tetapi takan lah dengan naiknya projek jalan itu, masalah banjir akan berterusan, tambah Aziz.

Pembinaan beberapa buah jambatan dijangka terlibat dengan projek tersebut kerana kawasan yang terlibat merentasi beberapa batang Sungai.

Pembinaan jalan itu kelak akan membantu menaikan taraf hidup dan ekonomi penduduk Mukim Ijok terutamanya dan kampung-kampung berhampiran. Ijok dan Mukim sebelahnya, Batu Kurau terkenal dengan buah durian.

0 comments: