Template by:
Free Blog Templates

10 June 2009

Yang Daif Wajib Dibantu



Hari ini, saya mengambil kesempatan meninjau rumah orang-orang kampung yang daif di Dewan Negeri (DUN) Kubu gajah.

Alhamdullilah, selepas tersiar dalam blog saya tempuh hari mengenai rumah-rumah daif yang memerlukan perhatian pihak-pihak berkenaan, Pejabat Baitulmal Daerah Taiping telah datang untuk memeriksaan keadaan rumah Mohd Zafri bin Kasim, 40 tahun di Sungai Ara.

Pembantu Tadbir Baitulmal Taiping, Mohd Shukran turut berada di rumah Zafri ketika saya sampai bersama Pengerusi JKKKP, Pak Lang Halil Abdullah.

Saya juga sempat melawat rumah warisan yang berusia 79 tahun milik Allahyarham Haji Mar Kernai Samat yang meninggal dunia ketika berusia 115 tahun.

Rumah tersebut yang kini usang dan tinggal terbiar dan saya harap dapat di pulihkan semula oleh pihak-pihak yang berkenaan. Saya telah meminta kerjasama Pak Lang Halim agar bangunan tersebut tidak dirobohkan sehingga saya dapatkan bantuan.

Kebetulan, baru-baru ini saya bertemu Penulis Fikir, Malim Ghozali Pk yang berminat mencari bangunan-bangunan lama kerana beliau bercadang mewujudkan sebuah perkampungan karya keseniaan di Perak.

Perkara itu, katanya telah pun beliau ajukan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga berminat mengenai cadangan tersebut.

Saya juga berkesempatan hadir ke kenduri kahwin di Sungai Ara yang diadakan di Dewan Serba guna dengan hidangan diadakan secara layan diri.

Kebiasaanya kenduri di kampng dibuat secara gotong royong dan ramai anak muda yang menjadi mentara, tetapi makan secara layan diri, tidak bermakna masyarakat kampung telah mulai melupakan adat resam, kata Pak Lang Halim, tetapi boleh menjimatkan.

1 comments:

pakcik said...

dengar lagu 'APA KHABAR YANG BERHORMAT'...dan 'HELLO TUAN PENGARAH' utk dijadikan iktibar.