Template by:
Free Blog Templates

23 June 2009

Mesra Kebajikan Membantu Rakyat Miskin

Saya bersama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) hari ini, Selasa 23 Jun, mengadakan perjumpaan dengan penduduk-penduduk kampung di Dewan negeri (DUN) Kubu Gajah di Dewan Serbaguna Sungai Ara.

Kira-kira 200 orang penduduk dari tujuh kampung Bt 20, Padang Das, Simpang Tiga Gudang, Jemerang Setar, Kampung Haji Mat Asek, Kelian Cinai dan Sungai Ara keluar untuk mohon bantuan dan juga mendapatkan penjelasan.

Turut hadir ialah Pegawai Kebajikan Daerah LMS, Zambri mohamed bersama lapan orang pembantunya. Pegawai Lembaga Perancang Penduduk Negara (LPKNP Negeri Perak, Kuzairah Affendi bersama kakitangannya juga mengadakan pameran dan pemeriksaan darah dan kesihatan.

Dalam ucapan, Saya berharap proses permohonan bantuan tersebut dapat dipercepatkan sebagaimana yang pernah diumumkan oleh Menteri berkenaan, Datuk Seri Sharizat Jalil yang tidak mahu lagi mendengar birokrasi menjadi masalah besar.

Program Mesra Kebajikan akan diteruskan dari masa ke semasa dan berharap masalah kemiskinan, mereka yang daif dan sebagainya dapat diatasi.

Begitupun, Saya berharap Kementerian berkenaan menambahkan lagi peruntukan dalam bajet 2010 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Parlemen tidak lama lagi.

0 comments: