Template by:
Free Blog Templates

25 June 2009

TPM Tinjau Perak

Tan Sri Muhiyiddin Yassin tiba di Ipoh Petang ini, 25 Jun 2009 kerana melakukan lawatan kerja sehari ke Perak.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri (TPM) di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) disambut oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir, Ahli-Ahli Dewan (DUN), Barisan Nasional (BN), Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan Pemimpin komponen BNl.

Kemuncak lawatan Muhiyiddin kali pertama ke Perak selepas dilantik TPM ialah perjumpaan tertutup dengan Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri di Kediaman Menteri Besar malam ini.

Dalam perjumpaan itu Muhiyiddn yang juga Timbalan Presiden UMNO dijangka memberi taklimat isu politik semasa termasuk Kerajaan Perpaduan, Pilihanraya Kecil Manik Urai di Kelantan dan Hala Tuju Pendidikan termasuk isu wajib lulus Mata Pelajara Bahasa Inggeris untuk dapat sijil SPM.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO Malaysia juga dijangka menyentuh perkara-perkara yang telah dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam.

Zambery pula dijangka memberi taklimat suasana politik Perak terkini selepas berlaku peralihan kuasa Kerajaan Negeri daripada Pembangkang kepada BN.

Muhiyiddin juga mungkin mengambil sedikit waktu untuk mendengar pandangan daripada Ketua-Ketua UMNO Bahagian berhubung memperkukuhkan Parti dalam menghadapi Pilihanraya UMUM ke 13, terutama pendekatan dengan golongan Muda yang menjadi Pengundi Penentu.

Sebelum hadir ke majlis Solat Maghrib dan Tahlil serta jamuan rakyat di Kediaman Menteri Besar, TPM mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai Kerajaan di Bangunan SUK, serta majlis ramah mesra dengan Masyarakat tempatan termasuk kaum India di kawasan perniagaan pekan lama, Ipoh.

Muhiyiddin bersama rombongan berlepas pulang ke Ibu Negara Kuala Lumpur pada malam ini.

0 comments: