Melihat Anak-Anak tangga rumah tersebut pun dah cukup menarik, kata hati kecil Saya sambil melangkah naik ke atas.
Tetapi, semakin hampir ke dalam rumah, alangkah terkejutnya Saya kerana ruang yang kosong tanpa sebarang bilik dengan batu- bata, kayu berselerak dan bertaburan. Saya simpati dengan nasib, Nor Naimah binti Bistaman, 53 tahun kerana rumahnya tidak siap akibat kontraktor menghilangkan diri.
"Dahlah rumah tidak siap, terpaksa tanggung rugi, mana nak cari duit untuk menyiapkan rumah, segala-galanya dah hancur," keluh Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan dengan nada sedih, kerana ditipu.
Naimah yang tinggal di No 4, Batu 85, Kampung Baru, Sungai Dendang datang ke Pejabat Khidmat Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah mengadu mengenai masalah yang dialaminya.
Beliau telahpun membuat laporan Polis. Tetapi yang menjadi masalah ialah, Naimah sendiri tidak mempunyai sebarang perjanjian dengan kontraktor berkenaan.
"Mana nak cari wang lagi YB, dah habis berpuluh ribu, " Naimah telah kehabisan wang simpanannya, justeru mohon bantuan untuk menyiapkan rumah tersebut. Bagaimanapun, menurut seorang kontraktor yang hadir sama dalam lawatan Saya itu, menggeleng-gelengkan kepalanya bila ditanya berapakah kos sebenar?
Rumah itu kena dibangunkan semula, kerana pembinaanya tidak kukuh dan bimbang bangunan itu roboh.
Saya menasihatkan Naimah untuk mohon bantuan Baitulmal atau FELCRA, memandangkan beliau tidak mampu untuk membayar pinjaman bulanan jika rumah yang dibina oleh Syarikat Perumahan Negara (SPN).
Dengan usaha yang sedang dilakukan, mudah-mudahan hasrat Naimah memiliki sebuah rumah idamannya akan tercapai, insyallah.
0 comments:
Post a Comment