Template by:
Free Blog Templates

18 June 2009

Masalah Rumah Bantuan Miskin

Kontraktor kelas F banyak yang telah diberikan kerja memperbaiki dan membina rumah-rumah di bawah pelbagai program membantu rakyat yang tidak mampu termasuk mesra rakyat di Dewan Negeri, Kubu Gajah.

Semalam, Rabu 17 Jun 2009, bersama Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah, Cigu Abu Samah Alidin dan Pengerusi JKKP, Azemi Sabran telah meninjau pembinaan rumah-rumah berkenaan. Moha Hatim bersyukur kerana dapat tinggal di rumah barunya atas bantuan FELCRA di Kampung Tersusun, Jalan Selama, Kubu Gajah.

Seorang lagi, Halim Shafie pula rumah bantuan FELCRA juga di Kampung Tersusun Kubu Gajah dah siap, tetapi macam pahat berbunyi kerana masih tidak berpuashati dengan longkang yang dibina.

Tetapi, yang mengejutkan ialah apabila Seorang Penerima Rumah Syarikat Perumahan Negara (SPN), Noraini Mohd mengadu kerana tidak menahu langsung kos sebenar rumah yang didirikan dan tidak berpuas hati dengan keadaan bangunan rumah itu disiapkan.

Saya simpati dengan seorang Ibu Tungggal dan Miskin, Sadiah binti Salim yang tinggal di sebuah kecoil tanpa bilik bersama seorang anaknya. Ketika Saya sampai beliau sedang masak untuk makan tengahari, sedangkan ketika itu waktu telah jauh petang.

Lebih menyedihkan bila berlaku banjing, rumah Sadiah akan tenggelam. Saya berharap beliau mendapat bantuan Baitulmal, Kebajikan Masyarakat atau FELCRA.

Dalam masalah yang timbul, Saya berharap pihak-pihak yang berkenaan agar bertanggung jawab keatas perlaksanaan projek tersebut kerana ia melibatkan mereka yang tidak berkemampuan.

Saya percaya projek seumpama itu masih banyak dan melibatkan kontraktor kelas F yang wajar dibantu, tetapi pada masa yang sama diharap setiap permohonan itu hendaklah dirujuk kepada Pengerusi JKKP atau Ketua Cawangan, bagi mempastikan mereka yang layak. Berbeza dengan rumah mesra SPN yang setiap penerimanya wajar membayar balik mengikut kaedah yang telah ditetapkan, tetapi masih terlalu rendah menguntungkan berbanding dengan pinjaman yang lain.

0 comments: