Template by:
Free Blog Templates

18 September 2011

Jamuan Raya ADUN











































































































Rakyat harus bersykur kerana dianugerahkan seorang Perdana Menteri yang sentiasa peka dan mengutamakan kehendak rakyat.

Justeru, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilihat tidak pernah takut dan mudah tunduk kepada mana-mana tekanan, sebaliknya membuat keputisan mengikut budi bicara beliau sendiri.

Tindakan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jelas sekali tindakan berani beliau demi keselesaan rakyat jelata.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan Hariraya Aidilfitri ADUN Kubu Gajah di Padang Bola Kampung Mesjid, Ijok.

Tetapi, yang mengecewekan ialah Pihak Pembangkang cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan tuntutan politik.

Jelas sekali, Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah ingin menjadikan ISA sebagai alat untuk kepentingan politiknya, jika tidak masakan ISA hendak dimansuhkan.

Sebelum itu, ketika berucap di majlis Hariraya yang diadakan pada sebelah pagi di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah, Saya turut menekankan pentingnya perpaduan dikalangan semua kaum bagi menjamin masa depan Negara.

Negara mudah merancang dan melaksanakan program pembanguna jika rakyat bersatu dan sentiasa menyokong dasar Kerajaan.

Kedua-dua majlis itu turut disertai seramai 12 anggota rombongan Akhbar Sinar Harian yang diketuai oleh Editornya Najwa Mohd Ghazali.

Pemimpin komponen BN Parlimen LARUT juga turut memeriahkan majlis tersebut selain masyarakat bukan Melayu.

0 comments: