Template by:
Free Blog Templates

11 September 2011

Jamuan Hariraya Parlimen








Umat Islam akan menjadi semakin kecil, sekiranya mereka semakin berpecah dan akhirnyanya orang lain akan mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan.

Justeru, soal perpaduan ini tidak boleh dipandang remah, tetapi mesti diutamakan dalam setiap masa sekiranya mereka ingin melihat keamaan dan keharmonian.

Saya berkata demikian ketika berucap selaku Ketua UMNO Bahagian LARUT di majlis jamuan Hariraya AidilFitri anjuran Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin di Bazar Ramadan,Pekan Selama, pagi tadi.

Turut hadir ialah Hamzah yang juga timbalan Menteri Perusahaan Perlandangan dan Komoditi, Ketua-Ketua Komponen Barisan Nasional (BN) turut hadir.

Saya yakin dengan kekuatan perpaduan yang ada, BN akan kembali menerajui Kerajaan dalam Piliharnaya Umum (PRU) yang akan datang.

Rekod cemerlang Parlimen LARUT yang menang kesemua empat kerusi juga dapat dikekalkan jika Ahli-Ahli UMNO mengutamakan perpaduan.

Begitupun, tanpa sokongan padu semua pihak ia mungkin menimbulkan masalah dalam memperkuatkan jentera Parti bagi megnhadapi PRU, tetapi yakin setiap peringkat ahli akan memberi komiten mereka.

Hamzah, dalam ucapannya pula menegaskan pentingnnya sokongan dan kerjasama semua pihak bagi mempastikan kelincinan progaram pembanguinan di Larut.

Beliau turut mengucapkan Terima Kasih diatas kehadairan Ketua UMNO Bahagian LARUT di majlis Hariraya anjuran beliau.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya selalu berdoa supaya Datuk Hamzah menjadi kawan rapat YMDS kerana saya melihat beliau ada potensi untuk membangunkan LMS.

Begitu juga Datuk Mohd Daud kontrektor A, sepatutnya dapat membina banyak taman di kawasan Selama kerana beliau adalah anak didik YMDS. Sebelum beliau naik, dahulu saya lihat beliau asyik ikut YMDS ke sana sini.

Apabila sudah naik tak bolehkah beliau membantu untuk membina taman perumahan di Kubu Gajah.

Kebaikan orang Cina saya lihat mereka selalu memandang jasa. Kalau kita bantu mereka, mereka juga akan membantu kita (mengikut pengelaman saya) dimasa akan datang.

Kalaulah orang Melayu ikut perangai Cina munkin YB Selama dapat membantu YMDS untuk membangunkan Kubu Gajah seperti membina taman perumahan. Inilah yang saya maksudkan memandang jasa.

Saya lihat boss Datuk Hamzah buat macam2 di Sabah. Yang terkini ialah koperasi penanam/pengusaha kelapa sawit sana sini.

Saya harap YMDS berikanlah gambaran/bayangan supaya Datuk Hamzah dapat menolong kita. Kalau tak boleh pun, bantu dari segi pembinaan institusi vertiner, MPOB, institusi pembalakan (membuat perabut), institusi perhilitan, institusi RISDA dan yang berkaitan di Pondok Tanjung kerana ramai orang kita hendak balik kampung kalau ada pekerjaan mengikut kelulusan mereka disediakan, malahan kalau dilantik menjadi wakil rakyat pun mereka mahu balik kampung. Mereka sudah jemu duduk di bandar. Birikanlah orang macam YB Lim Kiat Siang dan pemimpsin PAS yang ada sekarang( duduk di Pekan Selama, Bagan Serai, Kuala Lumpur dll) sahaja yang duduk di Bandar.

Saya lihat bilangan rumah kambing di Pondok Tanjung tidak bertambah. Brgitu juga padang ragutnya.

Munkin inilah yang saya rasa projek untuk melepas batuk ditangga.

Kesimpulannya ialah, untuk menyatupadukan Melayu/BN, YMDS dan Datu Hamzah hendaklah mengiratkan lagi perhubungan mereka supaya lebih intim. Kalau beliau hendak jadi Ketua Bahagian pun berikanlah sepenggal dua. Kita bukan tamak.

Terima kasih.