Template by:
Free Blog Templates

23 September 2011

TPM-Adun BN




Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya sekalipun Selangor diperintah pembangkang.

Selaku Menteri pelajaran, beliau meluluskan RM 29 juta untuk bangunan baru sekolah menengah kebangsaan Meru dalam parlimen Kapar.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penutup program turun ke padang Adun-adun Bn seluruh Malaysia di perkarangan sekolah kebangsaan Meru, petang ini.

Kira-kira 200 orang Adun BN terlibat dalam program dua hari itu di Selangor yang dirasmikan Perdana Menteri malam semalam.

Tan Sri Muhyiddin berharap program kerap turun padang wakil-wakil rakyat BN akan dapat menyelesaikan banyak masalah dan membantu mengembalikan keyakinan rakyat BN.

0 comments: