13 September 2011
Peladang-Raya
Fakta Sejarah tidak boleh dipersendakan oleh mana-mana pihak dan individu yang mempersendakan fakta sejarah harus memitna maaf kepada rakyat dan Negara.
Rakyat Malaysia harus berbangga dengan Sejarahnya sendiri dan jangan samakan atau membandingkannya dengan Negara-Negara lain.
Berucap di majlis jamuan Hariraya Aidilfitri anjauran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau, pagi tadi, Saya juga mengingatkan Negara akan hancur jika ada pihak atau individu menyokong aktiviti keganasan.
Keganasan harus ditolak oleh semua kerana ia bukan merupakan perjuangan dan mereka yang mempertahankan keganasan atau pengganas samalah dengan diri mereka tidak menghormati rakyat sendiri,
Ketika bercakap kepada sidang akhbar selepas itu, Saya meminta agar perbalahan mengenai fakta sejarah harus dihentikan kerana bukan sahaja boleh memecahbelahkan rakyat, tetapi juga mengelirukan generasi muda.
Sebaliknya, semua pihak harus memikifkan pendekatan bagaimana soal sejarah Negara ini harus didekatkan dengan golongan muda agar mereka tidak mudah terpesong dengan mereka yang cuba memutarbelihkan fakta sejarah.
Remaja yang cetek dengan fakta sejarah harus didedaki agar mereka dapat menyelami sejarah tanah tumpah tanahairnya sendiri.
Saya yang juga Pengerusi PPK Batu Kurau bercadang menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang lebih besar dan mencabar dalam masa terdekat ini.
Pada waktu yang sama, PPK juga berharap dapat mengenegahkan beberapa pengusaha tempatan yang menghasilkan produk tempatan ke pasaran luar.
Saya juga menyeru agar Ketua-Ketua United Peladang kawasan mengenalpasti aktiviti yang boleh menarik minat ahli mereka untuk menceburkan diri samada dalam bidang pertanian mahupun ternakan.
KIra-Kira 5,000 orang hadir di jamuan hariraya tersebut yang diadakan di perkarangan PPK Batu Kurau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS
YMDS yang menjadi pengurusi PPK yang berminat dengan perniagan sepatutnya membina kiosk minyak Petronas di tanah YMDS di Tebing Tinggi supaya dapat mempercepatkan pembinaan lebuhraya Jelapang-Kulim.
Jika YMDS tidak membina sesuatu munkin YMDS tidak peduli langsung tentang perancangan tersebut yang memakan belanja lebih dua bilion sahaja. Cuba bandingkan kerajaan memperolehi berbilion2 hasil pengeluaran kelapa sawit (hasil utama LMS).
Kalau kerajaan Perak nak mulakan bina West Coast expressway dari Bagan Datuk ke Cangkat Jering yang lebih dua kali ganda belanjanya tapi hasil kelapa sawit tak banyak diperolehi di sepanjang jalan tersebut.
Kandungan isi sejarah yang di pelajari di sekolah tidak dapat kita jadikan untuk membantu kita untuk menyatukan rakyat.
Sebab kesimpulannya tidak disertakan untuk rakyat mencapai keamanan.
Sebagai contoh kita tidak memasukkan dalam buku sejarah fasal berapa banyak orang Cina, India, Melayu dll. rugi di Lembah Kinta semasa 13 Mei berlaku.
Saya syorkan Prof Emeritus Khoo Kay Kim mengkaji kerugian orang Cina, Melayu, dll di Kuala Lumpur cukuplah.
Begitu juga kerugian kerajaan semasa komunis belum menyerah diri.
Seterusnya, samalah juga jika kita hendak menyatu padukan kaum.
bumiputera.
Zaman dulu semua 'kingdom' di Sumatera atau Jawa berperang satu sama lain.
Tapi sekarang kita ada Melayu ketua PAS, UMNO, Berjasa, PKR dll
Cuba tanya mereka apa yang mereka mahu sebenarnya sehingga sanggup mempelekah pemimpin Melayu yang lain.
Sejarah sudah pun menjelaskan kenapa Islam hancur di Eropah dan negara kesultanan di Nusantera.
Lagi satu yang tidak dapat menyatukan rakyat kita, kita perlu juga melihat pantun Inggeris ada mengatakan;
The rich man in his Castle
The poor man at his gate
God made them highly and Lowly
And ordered their estate
Adakah kerajaan hendak mengekalkan kedudukan yang sebegini.
Cuba bezakan pendapat CEO, eksekutif Chairmain, GM dibandingkan dengan penoreh getah.
Sejarah juga mesti menerangkan tentan 'peasant' dan 'green revolution', dan rakyat tidak selamat lagi berumah di Bandar2 besar seperti Johanneburg, Bolovia, Tirana (bandar Islam) dan banyak lagi bandar2 di Amerika Selatan.
Kesimpulanya, kita mesti menukar kandungan sejarah untuk tujuan keamanan supaya mendapat petunjuk atau pengajaran daripadanya.
Bukan belajar sejarah tanpa pengajaran yang terdapat daripadanya.
Post a Comment