Template by:
Free Blog Templates

16 September 2011

Kemerdekaan




















Pemansuhan akta keselamatan dalam negeri (ISA) tidak bermakna rakyat bebas melaku apa saja tanpa menghormati undang-undang yang ada.

Rakyat harus menghargai pendekatan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memansuhkan ISA.

Saya berkata demikian ketika berucap di perhimpunan sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan dan malaysia peringkat Mukim Ijok dalam DUN Kubu Gajah di padang bola sepak kampung Masjid, pagi tadi.

Dalam ucapan sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan dan hari Malaysia, PM umum ISA akan di mansuhkan terus. Untuk cegah subersif,keganasan undang-undang baru akan digubal.

Datuk Seri Najib juga bagi jaminan mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata kerana ideologi politik.

Akta mesin cetak dan penerbitan 1984 dimana akhbar perlu baharui lesen setiap tahun di mansuh. Ia diganti pengeluaran lesen hingga batal.

Menteri dalam negeri, Datuk Seri Hishamuddin pula berkata kerja-kerja untuk mansuh terus ISA dan dibuat sejak 2 tahun lalu tanpa ada kebocoran . Pembangkang jangan dakwa ia hasil desakan mereka.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) jelas telus memberi kebebasan kepada rakyat dan tidak mahu mengokong hak mereka bersuara dengan penghapusan ISA itu, tetapi ia tidak bermakna mereka boleh berbuat sesuka hati dengan membelakangan undang-undang hingga mencetus kacau bilau.

Saya juga menyeru agar jangan ada rakyat yang bersikap umpama mereka yang tidak bernegeri atau bernegara.

Turut hadir penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali yang turut membaca perutusan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang menyeru rakyat semua kaum mengutamakan perpaduan.

Kira-kira 500 orang penduduk menyertai perarakan dan perhimpunan tersebut bermula dari simpang jalan kampung bola sepak kampung Masjid.

0 comments: