Template by:
Free Blog Templates

13 September 2011

Pejuang






Melawat seorang warga emas yang dikatakan paling tua di mukim Ijok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah di rumahnya di Kampung Mesjid, Ijok,petang tadi.

Abdul Mutalib, 98 tahun adalah juga seorang pejuang dan sekalpun agak uzur, tetapi masih tetap segar dengan cerita ketika beliau bersama rakan menentang musuh ketika zaman pengganas Komunis.

Lawatan itu juga bersempena sambutan ulangtahun hari Kemerdekaan yang ke 54 dan Hari Malaysia.

Mutalib, yang sudah kehilangan isteri yang telah sekian lama pulang ke rahmatullah kini mempunyai tujuan orang anak dan kini tinggal bersama salah seorang anak beliau.

Beliau ada menerima bantuan saraan bulanan sebanyak RM 200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama setahun, tetapi kini masih menuggu bantuan seterusnya.

Dalam lawatan itu, Saya amat bersimpati dengan keadaan rumah anak beliau yang agak uzur dan akan berusaha untuk membantu memperbaikinya.

Saya berharap bantuan itu dapat diteruskan dalam masa yang terdekat ini dan Saya sendiri akan membangkitkanya bagi mendapatkan penjelasan di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah yang akan datang.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya masih hairan kenapa masih ada kebun getah di banjaran Gunung Bintang dan ada juga belia Cina dari Kulim, Serdang dan Selama Kedah boleh berjalan ke kawasan pergunungan ini tanpa sesat.

Saya sendiri tidak berani ke atas (melebihi 2,000 kaki)kerana harimau dan gajah pun terdapat di sana. ADAKAH KELUARGA MEREKA INI PERNAH MENDIAMI KAWASAN TERSEBUT semasa darurat dahulu.

Saya selalu mendengar YMDS mensyorkan bantuan pengusaha rokok dll (berita TV hari ini) membantu persatuan bola.

Kalaulah YMDS memohon Sime Darby, Boustead, dan Genting Plantation membina universiti kolej (melalui CSR/SCR) di Kubu Gajah lebih baik daripada asyik memohon bantuan untuk persatuab bola yang selalu kalah.

Kalah kerana kita tidak mengenal pasti mereka yang ada bakat dari kampung. Kita hanya pilih daripada mereka yang sudah diketengahkan.

Cuba YMDS fikirkan India pernah menghantar seorang pelari jarak jauh yang diambil dari pedalaman dan berlari tanpa pakai kasut di olympik. Kalau asyik duduk di pejabat air-con bagaimana kita tahu anak si Lebai Ahmad pandai main boxing. Beliau kalahkan kami semuanya yang ada di sekolah zaman dahulu.

Ramai Mat rempit racing sana sini dan kaki tumbuk yang kuat di kampung tidak diketengahkan.

Anonymous said...

YMDS,

Ahmad Yaacob jadi askar kerana ada ramai kominis di Ijok.

Saya rasa beliau adalah salah seorang perwira IJOK.

YMDS perlu mengetahui mereka yang terkenal (seperti perwira, mereka yang bertaraf konsultant dan yang penyelesai masalah) di Ijok. Begitu juga di kawasan ADUN Kubu Gajah untuk diketengahkan ke Ipoh.

Ramai orang kita yang pandai2 dan hero2 tapi tidak diketengahkan.

Saya risau projek Perak lambat diselesaikan kerana kerajaan salah pilih penesihatnya atau pun pakar rundingnya.

Sebagai contoh jalan lebuhraya pantai barat. Saya lihat jalan SEDARI baru sahaja siap dibina. Sekarang kita mahu pula jalan melalui Bagan Datuk (Menteri Pertahanan) dan Manjung (kawasan MB kita).

Nampaknya lobi mereka lebih bersengat dan berjaya daripada ADUN disepenjang Lebuhraya Jelapang-Selama.

Perak hanya bersedia untuk pilihanraya 13 ini jika MIC dan MCA diberikan kursi di mana terdapat ramai orang Melayu.

Kalau Melayu beri kursi ke MIC dan MCA sudah tentu Melayu ramai yang mengundi parti pembangkang kerana Melayu sekarang sudah pandai. Tidak lagi sepeti zaman Dato Hussein.

Jika ADUN pelancongan dan pelaburan kita membina rumah murah di IPOH dan galakkan askar dan polis pencen mendapat rumah di sana munkin orang Melayu dapat menolong MCA untuk menang. Tapi beliau asyik pentingkan rumah mahal.

BN masih tidak bersedia di kawasan yang tidak selesa (50-50) jika BN memilih wakil rakyat yang sama untuk bertanding. BN hendaklah mengenalpasti mereka yang tidak mempunyai berita buruk (angin) akan mengundi calon yang diketengahkan.

Pengundi yang pandai tidak akan mengundi mereka yang mempunyai berita angin yang buruk terhadap calon mereka walaupun perkara tersebut tidak betul.