Template by:
Free Blog Templates

18 September 2011

Wanita-Raya






Pergerakan Wanita UMNO tetap merupakan sayap penting dalam Parti tersebut dan peranan mereka tidak boleh dinafikan dalam memperkukuhkan jentera Pilihanraya.

Justeru, pergerakan itu tidak akan samasekali diketepikan dalam setiap program yang dirancangkan oleh UMNO.

Saya berkata demikian selaku Ketua UMNO Bahagian LARUT ketika berucap di majlia jamuan sempena Hariraya Aidilfitri dan Hari Malaysia anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian di Dewan Astaka, Batu Kurau, petang tadi.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Kapt. (B) Datuk Najmuddin Elias, yang juga Bendahari UMNO Bahagian, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Hajjah Sawipah Yahya dan Bekas Ketua UMNO Bahagian, Haji Kassim Mahmud.

Pergerakan itu juga diseru agar meningkatkan lagi program menarik lebih ramai lagi kaum wanita menyertinya.

Saya juga mengingatkan pentingnya perpaduan parti jika UMNO ingin terus memenanggi Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Sebarang perbalahan akan hanya melemahkan jenterai Parti itu dan sebarang pergeseran juga harus dielakan diantara mereka dalam Komponen Barisan Nasional (BN).

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya sangat gembira jika YMDS dapat mengumpulkan semua ketua bahagian dan cawangan LMS yang bersara seperti Hj. Kassim Mahmud untuk membantu YMDS berkempen dan merancang pembangunan LMS.

Ramai YB yang pencen diberikan jawatan pengarah syarikat oleh kerana UMNO mengharapkan mereka tidak lepas tangan untuk membantu pembangunan LMS. Tapi sayangnya mereka hilang begitu saja.

Mereka tidak mahu menjadi kumpulan pelabur DDI yang kita harapkan. Sepatutnya mereka ini hendaklah menjadi YB yang kreatif dan inovatif untuk MENGCREATE syarikat kecil tempatan untuk memberi pekerjaan kepada anak tempatan. Tapi apabila sudah pencen saya tidak lihat mereka minum kopi pun di restoren tempatan lagi. Saya tiap2 pagi minum di kedai kopi.

Lagi satu, untuk mengelakkan supaya wakil rakyat tidak turun padang (rugi masa dan rugi duit) YMDS hendaklah mensyorkan nama2 mereka yang akan menjadi bakal YB yang akan datang datangnya daripada mereka yang mermastutin di kawasan ADUN Kubu Gajah, bukan lagi yang bermastutin di Taiping atau Batu Kurau dll (kecuali pangkat exco ke atas) walaupun anak tempatan.

Saya lihat kalau kita pilih anak tempatan yang bermastutin di Taiping sebagai contoh sudah tentu beliau tidak dapat mengenal mereka yang betul2 miskin tegar. Yang mereka lihat ialah yang miskin kaya atau miskin ketegar (tidak beri orang lain peluang yang sama. Macam tokong Hindu tangan 6. Tokong Hindu tangan 6 adalah untuk membantu tapi yang satu lagi ini untuk mensauk (menangguk) semua ke6-6 bantuan kerajaan). Perkara ini pernah dibangkitkan dalam mesyuarat agong UMNO seketika dulu tapi ramai ahli UMNO ketawa sahaja, tidak langsung menghayati isu yang dibangkitkan.

Kita asyik mengadakan meja bulat, perjumpaan, kajian tapi isu lama masih tidak dapat diatasi. Isu tokkong Hindu ada enam tangan masih tidak diatasi hingga sekarang. Lepas itu kita buat lagi kajian, banci dll tapi kisah 6 tangan (orang yang sama dapat semuanya. Walhal ada lebih tiga juta ahli UMNO, atau 61% Melayu (kalau masih nak pilih Melayu). Kenapa yang lima lagi tidak diberikan kepada mereka.