Template by:
Free Blog Templates

17 September 2011

RTBK-Raya







Pembangkang jangan cuba memutarbelitkan mengenai isu pemansuhan akta keselamatan dalam negeri (ISA) bagi meraih publisiti murahan.

Hasrat kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memansuhkan ISA sudah dikaji dan teliti sekian lama dan bukan atas desakan pembangkang.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan hari raya aidilfitri anjuran JKKK rancangan belia khas (RTBK) Pondok Tanjung, pagi tadi.

Pemansuhan ISA ternyata Perdana Meteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sentiasa peka dengan kehendak rakyat sebagaimana beliau mengotakan slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Langkah itu juga membuktikan keberanian menghadapi realiti kehendak dan kesejahteraan rakyat berbilang bangsa.

Sekalipun ada negara jiran dan beberapa negara maju yang lain masih menggunakan kaedah ISA, tetapi malaysia mahu buat perubahan demi kepentigan rakyat.

Ini menunjukan Kerajaan BN tidak takut membuat perubahan demi rakyat dengan penghapusan ISA.

Dengan perubahan itu juga diharap rakyat akan lebih bertanggung jawab sama-sama menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Turut hadir Ketua kampung RTBK Pondok Tanjung, Ismail Hashim.

0 comments: