9 September 2011
Dewan RTBK
Penduduk terutama remaja di rancangan tanah belia khas (RTBK) pondok Tanjung dalam Dun Kubu Gajah begitu gembira dapat dewan baru.
Kerja-kerja perlaksanaan projek dewan serbaguna itu, baru sahaja bermula.
Projek bernilai RM 150,000 lengkap dengan gelanggang badminton dan tandas awam.
Saya melawat sendiri pembinaan projek tersebut oleh kontraktor tempatan bagi memastikan perlaksanaan mengikut jadual dan spekfikasi yang ditetapkan.
Turut hadir ketua kampung RTBK, Ismail Hashim.
Projek dewan itu adalah yang pertama dibina di RTBK dan ia akan memberi kemudahan bersukan dan aktiviti sosial yang lain.
Dewan itu dijangka siap sebelum akhir tahun.
Pada masa ini terdapat sebuah gelanggang futsal di RTBK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment