Template by:
Free Blog Templates

18 September 2011

Bersama Sinar







Menyambut ketibaan rombongan Sinar Harian yang tiba untuk program singgah Hariraya bersma Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah di Bagan Baharu, petang tadi.

Rombongan Sinar seramai 11 orang itu diketuai oleh Editornya, Najwa Mohd Ghazali akan menyertai jamuan Hariraya Aidil Fitri Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar besok mulai jam 10 pagi hingga 1 tengahari di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah di pekan Kubu gajah dan dari jam 2 hingga 6 petang di padang Bola Sepak Kampung Mesjid, Ijok.

Ini adalah kali kedua akhbar harian tersebuit berada di DUN Kubu Gajah. Kaii pertama ialah dalam program kenduri bersama penduduk Kampung.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kalau pemberita masih berfikiran elitis dan urbanistik (otak golongan menengah) sudah tentu kita kurang mendengar berita kampung.


Apa yang kita selalu dengar adalah berita dalam bandar dan berita tentang golongan menengah.

Banyak berita di kawasan ADUN Kubu Gajah boleh dimuatkan dalam surat khabar. Tapi mereka tidak melihat apa yang terjadi di kampung2 walaupun ramai pemberita asalnya dari kampung..

Contohnya kisah pencuri buah kelapa sawit tidak dimuatkan dalam surat khabar. Kisah merosakkan pokok getah hingga akhirnya pokok getah tersebut tidak lagi mengelurkan getah tidak dihebahkan..

Berita sensasi pun boleh dimuatkan misalnya kisah janda diulangi oleh suami orang yang sudah mempunyai dua isteri. Pemberian subsidi baja RISDA kepada kroni dsbnya.

Perkara ini tidak dimuatkan. Tiap2 hari saya mendengar kisah Mat Sabu sahaja. Yang sebenarnya, lagi banyak berita Mat Sabu kita dengar semankin FAMAOUS (terkenal)lah beliau ini.

Dulu saya kurang kenal Mat Sabu tapi hari ini semua orang di kampung saya sudah pun mengenal beliau. Ada yang menganggap beliau sebagai hero. Ada yang berkata jika mereka dapat peluang macam Mat Sabu mereka pun ikut rentak lakunya. Kalau kita terlampau baik pun ada ramai yang tidak menyokong kita. Labih baiklah nakal2 sedikit asalkan tidak merosakkan orang lain.