24 September 2011
Jamuan Raya cawangan
Kemeriahan Hariraya Aidilfitri masih terus disambut, sekalipun Syawal sudah tiba di penghujungnya.
Saya sempat menghadiri jamuan Harirya anjuran Ketua UMNO Cawangan Kampung Perak dalam Bahagian LARUT, Omar bin Makhtar dan isteri.
Dalam ucapan ringkas, Saya turut menyeru pentingnya perpaduan ummah diutama dan diperkekalkan bagi menjamin kekuatan Islam.
Islam adalah simbol perpaduan Ummah dan Masyarakat Dunia dan kemegahan itu harus dipertahankan demi masa depan Islam itu sendiri.
Selaku Ketua UMNO Bahagian LARUT, Saya turut berharap sambutan Hariraya Aidilfitr itu bukan sahaja menjadi tradisi, tetapi juga dapat menggekalkan silaturahim diantara semua kaum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
YMDS,
Perpaduan umah hanya dapat tercapai jika pemimpin tidak berebut kedudukan.
Kadang-kadang kita kemukakan pemimpin yang kuat berpolitik sahaja tapi tidak mereka yang dapat membangunkan LMS. Jika keadaan demikian berlaku munkin ramai pengundi akan memilih calon yang rajin tidak kira PAS. UMNO atau PKR.
Yang lagi satu ialah pemimpin yang tidak ikhlas. Misalnya dekat pilihan raya barulah bapa mereka muncul untuk menolong anak mereka supaya dicalonkan, dan tiada lagi rumah terbuka diadakan setelah bersara dari politik. Dekat pilihanraya baru kelihatan mereka di kampung. Kalau tidak mereka duduk di Taiping, Batu Kurau dll tapi bukan di Kubu Gajah (jika calon Kubu Gajah).
Kumpulan yang ketiga ialah kumpulan yang kaki ampu. Siapa naik sahaja mereka terus ampu.
Kesimpulanya ialah perebutan kepimpinanlah yang tidak dapat menyatukan kita semua.
YMDS mungkin ingat YMDS lebih baik daripada Dato' Hamzah. Begitu juga Dato Hamzah. Jadi 'perbalahan positif berlaku'
Bagi pengundi intelek mereka lebih suka melihat pemimpin yang dapat membangunkan LMS dan yang juga tidak 'makan' keliling.
Saya cadangkan kalau hendak makan keliling makanlah buah yang tidak diambil orang, tapi bukan saham sebagai contoh. Boleh juga saham tapi saham seperti FMPT. Yang baik2 berilah kepada orang miskin.
Terima kasih
Sewaktu lawatan ke Ipoh dia sudah naik bas. Molek lah kiranya Kapten Najimuddin Ilyas jemput perdana menteri untuk merasai naik kereta Brek Sapu pulak. Di batu Kurau kan banyak kereta Brek Sapu, boleh Datuk Seri Najib Merasai nya.
Isteri beliau Datin Rosmah pun boleh cuba sekali, tapi bila melalui kona-kona dekat kilang rotan tu dia turun dulu takut kereta senget ke tepi dan terbabas.
Pasti selepas itu orang Batu Kurau akan bertambah lagi undi UMNO,
dari tabuans blog
Melihat sungguh sedih, nak bercakap bertambah lah sedih, melihat sekolah Jelai yang terbakar itu, anak-anak bangsa Melayu yang menuntut ilmu di situ. Mak dan ayah bekerja kampung, menoreh getah, mengait sawit, mencari depu, mencari rotan. bekerja kilang, memungut buah. Anak-anak ini lah yang di harap mereka. Anak-anak ini lah yang di harap akan membela mereka nanti, menjadi anak bangsa yang berjaya. Namun sekolah mereka untuk menuntut Ilmu terbakar, tidak dapat di selamatkan, kerana balai bomba nun jauh di pekan Taiping. Tempat Orang Cina ramai. Melopong lah mereka bila melihat sekolah mereka terbakar.
Namun kesedihan ini lebih terasa, lebih terbakar lubuk hati, bila melihat Perdana Menteri Melayu, yang di sokong oleh orang UMNO Jelai, Batu Kurau dan Larut lebih suka memberi Bantu kepada sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Lihat lah baru-baru ini, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pulau Pinang. Negeri yang di perintah oleh DAP, negeri yang menghalau orang Melayu, negeri yang meruntuh kedai-kedai orang Melayu, Negeri yang tak bagi guna pembesar suara, tetapi Perdana Melayu lebih suka datang ke sini. Perdana menteri a.k. President UMNO yang di sokong orang Jelai yang sekolah anak mereka terbakar ini, baru-baru ini menghulurkan bantuan yang besar kepada Sekolah Cina di negeri Pulau Pinang.
Setiap Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dapat Rm 1 juta. Namun orang Kampung Jelai hanya nga-nga dan terus nga -nga bila melihat kerangka hitam sekolah anak mereka.....Tabuans blog
Post a Comment