Template by:
Free Blog Templates

17 September 2011

Malam Kemerdekaan



Rakyat Malaysia harus bersykukur kerana mereka bukan sahaja berjaya mendapatkan semula Negara ini daripada Penjajah, tetapi mampu mentadbir dan mengurus Kerajaan yang ada dengan tangan mereka sendiri,

Justeru, ulangtahun Kemerdekaan dan Hari Malaysia harus disambut dengan penuh rasa syukur sebagai memperingati segala pengorbanan dan susah payah pejuang terdahulu.

Berucap di majlis malam Kemerdekaan di Padang Bola Sepak Kampung Mesjid Ijok, malam tadi turut menyatakan rasa kesal yang amat sangat keapda mereka yang mempersendakan pejuang-pejuang Kemerdekaan.

Harus diingatkan, tanpa pejuang terdahulu tidak mungkin mereka yang ada di bumi Malaysia pada hari ini dapat hidup dalam aman dan kesejahteraan.

Justeru, adalah amat dikesali keatas mereka yang mempersendakan segala pengorbanan para pejuang kemerdekaan yang menegakan maruah bangsa dan Negara daripada ancaman musuh.

Mereka yang mencetuskan keganasan dalam bentuk apa sekalipun harus ditentang habis-habisan dan tidak harus wujud perasaan rasa simpati di kalangan rakyat keatas musuh ini kerana mereka tidak pernah berjuang untuk Negara.

Turut hadir ialah Pegawai Khas ADUN Selama, Datuk Radzi Awang Kecil, Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua UMNO Cawangan dalam DUN Kubu Gajah.

Sambutan itu diwarnai dengan persembahan Bunga Api yang dihadiri oleh lebih 5,000 orang penduduk tempatan.

0 comments: