5 September 2011
Lawatan Raya
Dalam suasana keriangan, Umat Islam menyambut Hariraya Aidil Fitri dengan mengadakan rumah terbuka serta kujung mengunjung, mereka yang uzur tidak dilupakan.
Alhamdullilah, petang tadi Saya melawat beberapa warga emas yang sedang uzur di FELDA, Ijok sambil bertanya khabar mereka.
Diperingkat 1, Saya melawat Hashrah binti Sanud, 79 tahun yang juga Ibu Tunggal uzur kerana sakit tua dan tinggal bersama dengan dua orang anaknya yang masih bujang.
Kemudian, Saya melawat Zaharah binti Hasan,76 tahun di peringkat 3 yang mengalami stroke sejak beberapa tahun lalu.
Saya juga melawat seorang yang kurang upaya, Alang Yahya bin Razali, 58 tahun juga di peringkat 1. Beliau yang masih bujang merupakan seorang peneroka yang cukup aktif dalam aktiviti kemasyarakatan,, sekalipun berkeadaan sedemikian.
Turut sama dalam lawatan itu ialah Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman yang juga Pengeruri Jawatankuasa Mesjid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Yang paling baik waktu membuat lawatan (seperti YMDS lakukan)ialah di hari raya kerana anak cucu mereka akan berkumpul bercuti bersama2 datuk atau ibubapa mereka.
Anak cucu mereka inilah yang ramai berdiri atas pagar terutama sekali di Ijok, munkin FELDA juga.
Kalau mereka berjumpa YMDS munkin mereka berubah fikiran kerana selalunya mereka hanya pernah mendengar tentang YMDS tapi tidak pernah bertegur sapa.
Tapi kalau orang muda pernah melihat YMDS semasa bersidang dalam dewan munkin akan bertambah ramai antara mereka yang menyokong YMDS.
Saya masih memberi kedudukan yang teratas kepada YMDS jika dibandingkan dengan YB2 Selama/Kubu Gajah yang terdahulu. Dalam pandangan saya mereka hanya boleh memanaskan kursi dewan sahaja.
Yang sebenarnya jika kita semuanya setuju dalam mesyuarat atau persidangan kita tidak payah datang bersidang...hanya merugikan duit 'claim' kerajaan. Perkara inilah yang saya selalu bangkitkan dalam semua mesyuarat saya jika saya menjadi pengurusinya.
Kita tidak mahu mereka diam di dewan tapi mengutuk kita di luar
sana. Kalau hendak perang2lah di dewan.
Yang saya tak nampak ialah bagaimana YMDS hendak memberi batuan supaya mereka yang dibantu tidak lagi diberikan bantuan (subsidi) untuk selama2nya.
Mekanisma inilah yang patut BN fikirkan. Jangan berikan penangkap ikan duit, beras kopi tapi berikanlah kepada mereka jala, joran, kail dan ilmu menangkap ikan.
Walaupun semua wakil rakyat tahu strategi ini tapi ramai yang masih memberi beras, minyak, tepung dan makanan2 yang lain.
Sekian.
Post a Comment