Alhamdulilah, kita bersyukur ke hadar Allah S.W.T.kerana dapat sekali lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, selepas sebulan berpuasa.
Kepada seluruh umat islam tidak kira di mana mereka berada, diucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Kita juga akan menyambut Hari Ulang tahun Kemerdeaan yang ke 54 dan kebetulan jatuh pada hari dan bulan Umat Islam menyambut Hari Raya.
Ini petanda yang baik, Rahmat yang diturunkan oleh Allah S.W.T yang akan membawa Sinar cahaya ditangan Perdana Meneri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk terus mebawa kejayaan dan kecemerlangan kepada Negara Malaysia yang tercinta ini.
Diharap dengan dua sembutan yangbersejarah ini, ia akan meningkatkan semangat ke arah perpaduan ummah, dan meletakan soal perpaduan itu di tingkat yang lebih tinggi.
Pengganas Komunis meletak senjata dan mengaku kekalahan adalah disebabkan kekuatan perpaduan rakyat di Negara yang berbilang ini.
Justeru bersempena dengan Hari Kemerdekaan ini, kita harus mengenang jasa pejuang yang terdahulu dan jika ada mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan segala pengorbanan para pejuang ketika menuntut kemerdekaan, mereka ini sama lah seperti mendeharka keapda Tanahairnya sendiri.
Marilah kita jadikan sambutan Aidilfitri dan Kemerdekaan ini sebagai satu era baru kearah memperkukuhkan lagi kesejahteraand an keamanan rakyat dan Negara.
Kita harus bersyukur kerana dapat tinggal di bumi yang bertuah ini. Merdeka.
31 August 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Yuntu MDS,
Saya harap otak/fikiran orang kita pun perlu dimerdekakan. Jangan selalu sangat British Centric. Elakkan double-standard (selalu berlakun) atau chauvinistik yang diamalkan oleh pihak kolonial. Pemikiran barat yang paling saya tidak sukai ialah meraka suka sangat katakan kita beautiful walaupun kita tidak beutiful. Mungkin mereka mahu mengentot (Bahasa Jawa) sahaja agaknya. Lihat sahaja filem barat. Sekarang orang kita pun yang ada ikut cara British iaitu kerja mengampu kita hingga dapat mengentot. Orang yang kuat ampu ini ialah orang yang mempunyai kolinial mentaliti. Bila kita kena ampu sampai terangkat kita pun menyerah. Tanah kita pun kita serahkan, akhir2nya.
Yang kedua pecah dan perintah macam di Singapura di mana orang Melayu dipecahkan kepada orang Jawa, Orang Boyan, Orang Melayu, Orang Bugis dll.
Salah satu cara menilai sama ada puasa kita diterima ialah jika perangai kita berubah selepas bulan ramadhan. Sebagai contoh adakah orang Islam bersatu padu jika mereka belum berbuat demikian sebelum berpuasa. Adakah kita mengenal anak keluarga jiran kita jika kita belum berbuat demikian sebelum berpuasa. Adakah kita masih mengata2 keburukan pemimpin kita tapi kita berpegang kepada demokrasi.
Jika kita negara demokrasi kita tidak akan memburukkan mereka, tetapi kita tidak akan memilih mereka yang kita tidak mahu jadi pemimpin. Kita mesti tahu ada dua peringkat pemilihan di Malaysia.
Saya hairan ada orang kita membawa resmi kucing. Walaupun ia merasa sakit ia masih mendekati kucing jantan yang menyakitinya. Walaupun ia tidak sukakan pemimpin tapi ia masih mengundi pemimpin tersebut. Resmi kucing betina susah hendak diatasi jika orang kita tidak dididik cara2 memilih pemimpin. Semua mahu macam Nabi SAW tapi masih memilih nabi ala kolonial.
MERDEKA (hanya mental yang kurang merdeka)!
YMDS,
Saya pernah ke Amerika. Mereka bertanya saya tentang komunis Malaysia.
Bila saya katakan ada juga orang Cina yang menjadi komunis mereka tidak paecaya. Mereka berpendapat orang miskin sahaja yang mahu memehak kepada parti komunis.
Rupa2nya mereka yang jadi komunis di Malaysia (bukan negara lain) ini ada lima kumpulan. Kumpulun pertama ialah kumpulan chauvinistik. Kumpulan kedua ialah mereka yang terpaksa, Kumpulan
yang banyak sekali ialah sympathiers, Yang keempat ialah mereka pernah menjadi penjenayah.
Yang kelima ialah anti-establishment.
Sebagai contoh Si Atoy (penjenayah) dari Simpang Lembah Keluang pernah menembak Pak Yahya di Tebing Tinggi semasa zaman bintang tiga dahulu. Kemudian ia lari ke Tanjung Piandang dan seterusnya menjadi komunis. Baru2 ini beliau balik ke Kubu Gajah untuk berjumpa kawan2 lama (kebanyakannya Melayu) beliau. Beliau sekarang menetap di Peking tapi sudah tua. Kononya Pak Yahya dengan 2 orang lagi ialah hulubalang Kubu Gajah yang tidak dapat di kalahkan sesiapa pun.
Orang macam Si Atoy inilah juga yang ramai menjadi komunis.
Contoh yang kedua ialah mereka merasai British tidak memberi mereka apa2 (kumpulan anti-establishment) mereka pun menjadi komunis. Kumpulan anti-establishment ini masih ada di Malaysia tetapi mereka tidak menjadi komunis. Mereka berpendapat mereka sahajalah yang pandai memerintah. Yang lain semuanya bodoh-belaka. IQ mereka tak tinggi. Hanya dalam lingkungan 120-140. Tapi mereka mengagak mereka lebih pandai dari YMDS atau PM atau kerajaan yang memerintah
Ramai antara mereka ini menjadi pemimpin demonstrasi. Apabila mereka memerintah mereka macam belut. Kesalahan atau korupsi mereka tidak dapat dilihat kerana mereka ini terlalu licik. Kalau simpan duit pun di Switzerlang atau simpan dengan proxi yang betul nampak bodoh2. Pilih saudara mara yang tidak dikenali untuk diketengahkan.
Kumpulan ini juga ialah kumpulan yang baling batu sorok tangan.
YMDS,
Saya sudah mengahadiri lima rumah terbuka.
Meja VIP ditempatkan disatu tempat yang agak berlainan.
Kebanyakan VIP juga ahli politik.
Jika kita asingkan meja VIP dengan penyokong biasa bagaimana kita dapat menyelami masalah mereka.
Saya duduk hanya tidak sampai sejam saya sudah pun menyelami hasrat mereka tanpa 'turun padang'.
Saya harap bila ada jamuan VIP ahli politik yang lain cuba2lah menyelemi hati penyokong dan lebih2 lagi pembangkang dengan duduk berselerak.
Ramai juga pembangkang yang datang tapi elit UMNO asyik duduk sekongkol dengan VIP UMNO yang lain.
Yang sioknya ialah bila kita duduk dekat mereka yang atas pagar. Macam2 mereka katakan tentang pemimpin UMNO. Maklumat seperti inilah yang perlu kita kumpulkann dan perlu diatasi sebelum PR 13.
Saya lebih banyak dapat maklumat semasa hari terbuka daripada jalan2 tak tentu arah atau duduk kedai kopi. Gambar mereka pun saya ambil.
Banyak VIP UMNO ambil gambar kawan mereka tapi tidak gambar pembangkang. Macam mana mereka hendak menang atau menambah bilangan undi.
Saya nasihatkan ahli UMNO kalau hendak berpolitik janganlah hangat2 tahi ayam atau ada tujuan lain disebaliknya.
YMDS.
Kita susah hendak duduk aman dan damai selagi kita berebut2 hendak jadi pemimpin hinggakan yang sakit jantung/kencing manis pun mahu kekal jadi pemimpin.
Mereka tidak mahu mengundur diri kerana mereka dipilih saecara demokrasi (undian) macam PM Thailand, Datuk Samy Vellu dll.
Rakyat kita mesti dididik bagaimana hendak memilih pemimpin bukan dengar2 cakap orang sahaja. Bila orang kitakan dia tu bagus kita pun sokong orang itu menjadi pemimpin tanpa mengetahui track recordnya.
Pengundi mesti tanya apakah kebagusan calon yang hendak dipilih.
Selaunya disebabkan calon tersebut anak tempatan.
Kadang2 anak tempatan pun menjadi lupa daratan. Ramai anak tempatan hanya mahu membangunkan IPOH/BATU GAJAH tapi lupa untuk membangunkan tempat lahirnya sendiri.
Tidak semestinya anak tempatan itu bagus. Tapi kalau ada anak tempatan yang tidak lupa daratan sudah tentu kawasan mereka membangun dengan pesatnya.
Lagi satu seseorang pemimpin selalu mengingat dialah yang lebih pandai daripada yang lain. Mereka tidak mengingat diri mereka seperti Imam zaman dulu. Zaman dulu siapa pun tidak mahu menjadi Imam kalau bacaannya tidak betul.Sekarang ini nampaknya al-hafiz akan mengambil alih kerana yang cemerlang didahulukan.
Sekian.
YMDS,
Bila kita adakan jamuan resmi atau rumah terbuka kita selalu lupa mengundang mereka yang dapat membantu pembangunan di tempat kita.
Yang ramai datang ialah orang politik.
Saya syorkan orang korporat juga perlu diundang.
Sebagai contoh orang kenamaan seperti Tan Sri Lim Kok Thay yang ada tanah di Kubu Gajah, jalan ke Selama sepatutnya diberi keutamaan untuk diundang.
Beliau mempunyai pendapatan lebih 160 juta setahun selain daripada dividen.
Begitu juga Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin yang ada tanah di Lembah Keluang atas nama Boustead mempunyai pendapatan 2.55 juta setahun.
Dan seterusnya Datuk Mohd Bakke Salleh yang menjana pendapatan 1.6 juta setahun (selain daripada dividen)iaitu yang mempunyai tanah di Kubu Gajah jalan ke Taiping.
Orang kenamaan seperti inilah yang perlu kita panggil kenduri untuk membangunkan Kubu Gajah melalui Corporate Service Responsibility (CSR) mereka selain daripada MB, exco dan Menteri Kewangan.
Menteri Kewangan kita panggil untuk mesyuarat agong. Janganlah selalu undung mereka yang tiada kuasa atau ada duit. Untuk main golf bolehlah panggil yang tiada duit.
Baru2 ini kerajaan hendak memperkenalkan IGCSE di maktab rendah Sains Mara. Boleh tidak YMDS jumpa Genting Plantation CEOnya Tan Sri Lim Kok Thay untuk membina cawangan Cambridge di Kubu Gajah khas untuk menjalankan IGCSE bagi rantau ASEAN. Anak PM kita pun ambil IGCSE.
Masalah IGCSE ini ialah mereka meneluarkan 3 sijil yang berlainan. Kerajaan tidak mengitiraf tiga sijil. Kerajaan kita mahu semuanya dalam satu sijil. Anak saya tak dapat kerja kerana ambil IGCSE. Mata pelajarannya sungguh dinamik.
Selain daripada akaunting, IT communicatioan ia ada juga Musik, Sport Sains, Food Sains. Masalah anak saya Food Sains tidak di iktiraf dan IT communication juga tidak masuk dalam list ke tingkatan 6. Sport Sains dan Musik lagi tidak diiktiraf. Sebab itu orang Filifino yang ramai main musik di Hotel 6 bintang kerana kita tidak ada musik dalam tingkatan 6. Dan seterusnya kita tiada jurulatih tempatan yang berwibawa kerana Sport Sains IGCSE tidak diiktaraf.
Orang kita ramai yang tidak faham tentang IGCSE. Yang faham pula tidak ditanya. Mereka yang tidak pernah mengambil IGCSE yang menerangkan kebaikan IGCSE. Cuba tanya macam anak saya yang pernah mengambil IGCSE tentulah kita tidak sesat macam anak saya. Tiga sijil yang berbeza pun tidak diiktiraf JPA walaupun BM dapat A+, macam anak saya. Ada orang UMNO yang tahu tidak ditanya tapi yang tidak pernah mengambil IGCSE diarah untuk merancang program IBCSE.
Nasib yang sama diterima oleh kawan2 UMNO saya yang lain. Mereka yang lulus PHD merancang kursus seperti D.Ed, Doctor of Accounting, Doctor of Business Admn dan seumpamanya. Kursus PHD lain daripada Doctor of Business Admin tapi mereka yang dapat PHD yang merancang kursus profesional bagi kursus kedoktoran. Sebab itu ramai kami berhenti bekerja kerana orang macam kami tidak dipedulikan oleh 'kerajaan'/' pihak 'atasan' kerana ramai yang lulus universiti zaman 60an masih tardisional yang dipedulikan oleh kerajaan (mendapat perhatian pihak atasan).
Sebagai contoh hingga sekarang pun mereka tidak tahu kelulusan saya kerana terlampau specialised. Sebab itulah kami ramai yang berhenti bekerja dengan kerajaan selagi pegawai zaman 60an masih memegang teraju kerajaan selagi itulah kami tidak mahu bekerja lagi.
YMDS,
Pagi tadi saya pergi majlis rumah terbuka mantan PM Dr. Mahathir.
Saya lihat beliau walaupun sudah pencen mankin ramai yang datang ke rumah terbuka beliau terutama sekali dari Timor Tengah. Orang India dan Cina pun ada yang bawa balik makanan dalam beg. Sungguh menyeronokan.
Kalaulah wakil rakyat LMS buat rumah terbuka di LMS dan bilangan yang mengunjungi mereka pula bertambah ramai alangkah baik.
Sekian.
YMDS,
Yang saya maksudkan ialah wakil rakyat kita (LMS)yang sudah pencen jika mengadakan rumah terbuka semankin ramai yang datang mengunjungi mereka, alangkah baiknya.
Yang sebenarnya saya mahu melihat mereka yang ikhlas memperjuangkan UMNO dan menyokong pemimpin mereka macam mantan PM kita di LMS.
Post a Comment