10 August 2011
Miskin
Saya turun simpati dengan keadaan seorang Ibu Tunggal di Kampung Padang Das yang tinggal dalam sebuah rumah yang agak kecil dan mempunyai satu bilik.
Sabariah binti Mat Hassan, 65 tahun tinggal bersama lima orang anak di sebuah rumah yang ditinggalkan oleh suaminya.
Beliau bekerja sebagai penoreh getah. Begitupun, ada dikalangan anaknya yang sudahpun mendirikan rumah tangga, tetapi turut menumpang tinggal bersama dengan Sabariah.
Saya berharap permohonan beliau bagi mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah dapat meringankan bebanan beliau dan keluarga.
Masalah beliau juga telah dipanjangkan oleh Ketua Kampung Padang Das, Musa Ibrahim untuk tindakan Baitulmal Taiping.
Sabariah begitu terharu diatas lawatan Saya sekalipun dalam hujan yang turun agak lebat dan mengucapkan Terima Kasih diatas keperhatinan Saya terhadap keluarga beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Kalau YMDS hendak membantu penoreh getah selaraskanlah harga getah. Bezakan yang basah dan setengah basah kerana pembeli membeli dengan harga yang sama. Harga pagi disamakan dengan harga petang jika harga petang naik harga. Tak bolehlah buat begitu. YMDS turun padanglah ke kedai pembeli getah dan tanya mereka sama ada saya pembohong atau tidak?
Galakkan mereka yang miskin memohon baja subsidi untuk susu getah. Boss RISDA kita orang kuat UMNO takkanlah beliau tak boleh turun padang dengan YMDS untuk memberi baja susu.
Saya bertanam seekar anak getah tapi habis dimakan semua jenis haiwan terutama sekali lembu, kambing, babi, kera, kerbau dll kerana dasar kerajaan tidak berapa mantap bagi mereka yang membela lembu dan kambing. Veteriner, saya rasa masih memberi lembu/kambing kepada mereka yang tiada pagar.
Bila saya marah kepada mereka yang ada 3/4 ekor lembu mereka jual
lembu mereka kepada tuan lembu yang ada mempunyai banyak lembu. Yang sebenarnya pengembala lembu ini sangat kedekut untuk membina pagar.
Yang peliknya masyarakat marah kepada saya kerana tidak memagar tanaman saya. Tuan lembu hanya ada 4 orang tapi yang lain2nya ada mempunyai tanaman seperti pisang dan ubi kayu. Mereka inilah yang dipaksa membuat pagar. Macam dunia nak kiamat dibuatnya. Saya pula dinasihatkan.
Post a Comment