14 August 2011
Media
Media diseru untuk terus membantu menyampai dan memperluaskan maklumat mengenai dasar dan program pembangunan rakyat.
Ini adalah kerana rakyat di luar bandar terutamanya masih dahagakan banyak lagi maklumat yang mungkin tidak sampai ke pengetahuan mereka mengenai dasar dan perancangan Kerajaan.
Tidak dinafikan peranan penting media dalam arus pembangunan dan kemajuan masyarakat di Negara ini dan rakyat di Negara ini amat bertuah kerana berpeluang mengikuti stesyen televisyen dan media pilihan mereka.
Saya berkata demikian ketika Berucap di majlis berbuka Puasa dan singgah bersahur bersama krew TV 3 dan Artis tempatan yang datang dari ibu Negara yang terlibat dalam program singgah bersahur itu di perkarangan Mesjid FELDA, Ijok.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Telivisyen Media Perima, Ahmad Izaddin Omar dan Pengurus Besar Jabatan Majalan dan Dokumantari, Ahmad Kamaluddin Zabari, Pegawai dan Kakitangan Institut Darul Ridzauan (IDR) yang diketuai oleh Fellow Kanan Penyelidikannya, Maling Ghazali dan Ketua Esekutif Yayasan Bina Upaya (YBU), Datuk Zainal Omar dan Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Jaman.
Selaku Wakil Rakyat Saya sendiri sentiasa bekerjasama dengan media dalam menjalankan aktiviti dan program di kawasan bagi pengetahan dan faedah rakyat.
Begitupun, media diserua agar menyampaikan maklumat dan fakta yang tetap agar ia tidak mengelirukan masyarakat.
Selepas solat Maghrib dan Insyak serta Trawoih, diadakan majlis membaca quran dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
Majlis tersebut cukup meriah dengan disertai oleh peneroka FELDA Ijok sendiri. Diantara program yang dijalankan ialah mengacau dodel dan masak rendang daging lembu yang disembelih pada sebelah pagi.
kemuncak program itu ialah lawatan bersahur ke beberapa rumah OKU, Faisol bin Yahya,25 tahun, peneroka dan warga emas, Mohd Desa Darus, 80 serta Hasnah binti Mat Zain, 65 tahun yang uzur dengan sumbangan lauk dan hamper serta saguhati.
Majlis diakhiri dengan bersahur di Mesjid FELDA, Ijok yang dihadiri lebih 500 orang peneroka dan tetamu termasuk dari kelab bermotor remaja FELDA, Ijok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Apabila kita membuat jamuan kita perlu juga mengundang mereka yang kita perlukan untuk membantu kemajuan kawasan ADUN Kubu Gajah.
Selain daripada itu pihak media sangat penting untuk memainkan peranan untuk menyatu padukan rakyat. Pemberita hendaklah peka kepada rintihan rakyat dan isu 'perkauman' yang dibangkitkan.
Sebagai contoh jika ada orang Melayu naik pangkat berita ini dihebahkan dalam media.
Tapi bila yang bukan Melayu naik pangkat menjadi setiausaha dan excekutif syarikat tidak pula dimuatkan dalam media atau warta berita. Oleh yang demikan kumpulan Hindraf dan persatuan yang menganggap mereka parti demokratik mangkin tak sukakan orang Melayu kerana mereka melihat hanya orang Melayu sahaja naik pangkat. Mereka tidak melihat ramai yang bukan Melayu naik pangkat dalam syarikat2 di Malaysia. Cuba YMDS kira berapa orang Melayu menjadi setiusaha syarikat. Bila saya mengikuti 16 mesyuarat Agong Syarikat swasta seorang pun tiada Melayu yang jadi setiausaha syarikat2 tersebut. Kemunkinan orang Melayu tidak pandai menulis laporan tahunan dalam Bahasa Inggeris agaknya.
Berita yang dimuatkan dalam surat khabar banyak tentang indek2 perniagaan tapi tidak indek per capita setiap kaum dan Ginni Koefisien bagi setiap kaum. Kalau begini samapai bila pun orang Cina dan India tidak menghormati orang Melayu. Apa sudah jadi kepada pemberita media kita untuk menyatupadukan rakyat.
Kalau kita tidak masukkan indeks yang demikian dalam suarat akhbar, TV, radio dan media yang lain2 orang yang bukan Melayu akan ramai yang bencikan orang Melayu.
Pihak media hendaklah menyekat kebencian orang lain terhadap orang Melayu atau Bumiputera.
Pihak editor hendaklah merakamkan keadaan ini dalam coloumn editorialnya jangan asyik bangga/ego dengan kedudukan.
Saya memohon editor dan penerbit membuat analysis secara holostik atau menyeluruh tetapi bukan hanya melihat dari variable kepentingan politik semata2.
Sebagai contoh media masa tempatan mementingkan berita jumlah ramai orang Cina, India Melayu dalam Jabatan Awam. Tapi bagi saya, saya lebih suka jumlah wang simpanan orang Cina, India, Melayu di luar negara dan jumlah mereka yang ada dua kerakyatan. Kita takut bila ada demonstrasi mereka yang ada dua kerakyatan lari dulu. Kumpulan yang kedua mereka yang ada passport. Cerita berdasarkan analysis secara menyeluruh sangat penting, bukannya melihat dari satu sudut sahaja untuk kepentingan politik perkauman.
Cuba YMDS baca pendapat Robert Fisk iaitu pemberita independent, di UK. Ia tidak menceritakan Osama Laidin berdasakan cerita orang lain di Afganistan tapi ia sendiri pernah menemubual Osama dan beliau berpendapat peribadi Osama tidaklah seperti yang ditlus setengah daripada pemberita media barat.
Apa yang kita takutkan media kita asyik menceduk berita dari Bernama dan CNN tapi tidak pergi melihat sendiri di tempat kejadian.
Kalau berita begini yang kita kumpulkan susahlah orang Islam bersatu padu. Begitu juga orang Malaysia.
Saya pernah mendengar orang kampung saya mengatakan saya orang kaya kerana ada banyak lot tanah. Kalau mereka ukur dan kira lot tanah saya barulah mereka tahu yang saya lebih miskin daripada sesetengah mereka yang dapat bantuan kerajaan. Pemberita beginilah yang kita tidak mahu. Tiap2 lot berkongsi adik beradik. Perkataan 'banyak' itu juga adalah secara relatif. 4 lot tiap2 satu lebih kuarng 1 ekar saya rasa lebih banyak lagi mereka yang menjadi penorka FELCRA.
Post a Comment