Template by:
Free Blog Templates

27 August 2011

Rawatan





Melawat Ketua UMNO Cawangan Titi Ijok dalam Bahagian LARUT, Mohd Saad bin Yusop yang baru sahaja keluar Hospital Taiping, selepas menjalani pemeriksaan Jantung.

Ketika, Saya ke rumahnya di Titi Ijok, dekat Pekan Kubu Gajahi Mohd Saidm kebetulan baru sahaja balik dari Hospital.

Beliau mendapat rawatan rapi, selepas dimasukan ke Hospital tersebut selama beberapa hari dan kemudian dibenarkan pulang ke rumah untuk beritah.

Mohd Saad seorang yang amat aktif dalam kegiatan sosial begitu gembira diatas kedatangan dan keperhatinan Saya yang bukan sahaja sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kubu Gajah, tetapi juga Ketua UMNO Bahagian.


2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya sudah lama dalam UMNO tapi masyarakat UMNO masih memilih pemimpin yang sakit2 seperti sakit jantung kencing manis darah tinggi jadi pemimpin mereka.
Macam tiada orang lain yang boleh dijadikan pemimpin. Bermakna macam UMNO ketandusan PEMIMPIN.

Begitu juga dalam syarikat2. Saya selalu mengahadiri AGM syarikat2. Mereka masih mengundi untuk memilih pengarah proxy yang umurnya lebih 70 tahun. Apa yang boleh dilakukan oleh pengarah 70 tahun. Boleh mengarah (kerja tidak profesional) sajalah tapi syarikatnya tidak untung. Untung dijadikan modal. Akhir2nya kami hanya dapat sedikit (1.5%) keuntungan/tangan kosong. Bila kita undi kita kalah kerana undi proxy PNB, KWSP dll (terlalu ramai) sudah pun mengalahkan undian yang tidak mahu memilih pengrah umur 70an. Inilah kelemahan dmokrasi tanpa berfikir atau kurang pendidikan.

Projek kerajaan ada juga yang berteraskan kulitnya (Form) sahaja manakalanya isinya (substance) kosong. Impaknya sedikit/tiada. Projek indah khabar dari rupa (melepaskan batuk ditangga) adalah dalam kumpulan yang sama. Kita mesti berpandangan jauh tentang impaknya bukan hanya merancang sahaja. Sebagai contoh saya lihat perhentian Bagan/Mitchell Pier bukan main indah dalam perancangan NCER tapi habuk pun tiada. Bossnya asyik kira FDI tetapi lupa yang orang kita ramai juga yang kaya raya untuk menghidupkan DDI. Cuba YMDS baca Malaysian Business yang lalu. Ramai orang Malaysia mempunyai pendapatan lebih sejuta sebulan. Kemana perginya wang ini. Kalau mereka kreatif sudah tentu mereka mengwujudkan syarikat yang baru. Tak payah lagi FDI. Ada juga orang kita menjadi pengarah banyak syarikat (di Perak pun ramai) tapi tidak mahu langsung buka syarikat sendiri/baru. Mereka asyik cari FDI sahaja. Mereka simpan duit nak bawa mati agaknya.

Begitu juga dalam UMNO. Ada yang malas dipilih jadi pemimpin. Memang lebih ramai yang rajin tapi ahli UMNO sudah melobi siapa yang hendak dipilih jadi pemimpin.

Pemimpin yang rajin ada pula kadang2 rajin tak kena tempatnya. Ada antara mereka yang merancang projek seperti projek yang berteraskan MENANG S0RAK KAMPUNG TERGADAI dan
LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA.

Untuk mengelakkan pemimpin yang malas dipilih sebelum undian dijalankan pengundi mestilah diberikan CV pendek (yang menerangkan kerja amal mereka, bukan jumlah bintangnya atau kelulusan akademiknya tetapi yang tiada kena mengena dengan kerja yang tidak bergaji) tentang calon, untuk mengelakkan pengaruh kroni dan yang malas sahaja yang terpilih.

Anonymous said...

YMDS,

Kita tidak ada mekanisma di mana yang sakit dinasihatkan berhenti untuk bertanding dan sebagai balasanya kita beri sesutu seperti yang kita berikan ke Datuk Samy Velu, maksud saya mengikut kedudukan masing2.

Semasa konvensyen parti di Lumut perkara ini tidak dibincangkan kerana ramai yang mengingat mereka akan dicalonkan sekali lagi/semula

Kalau kita tidak berikan sesuatu munkin mereka jadi katak atau menjadi batu api/pelakun wayang kulit yang merbahaya.

KERANA Ada juga ahli UMNO yang tidak terpilih menjadi pelakon wayang kulit (batu api belakang tabir). Tapi kalau kita berikan sesuatu barulah ia berhenti jadi batu api.

Salah satu strategi hendak menang di PRU 13 ialah bagaimana kita hendak mengatasi berita angin tentang keburukan segelintir pemimpin UMNO di Perak.

MB kita sepatutnya berjumpa tiap2 ADUN dan berikan taklimat tentang berita angin yang bersangkut paut dengan kelemahan ADUN masing2 dan bagaimana ADUN itu sendiri hendak mengatasinya. Kalau mereka tidak boleh mengatasinya gunakanlah Media Baru untuk membantu mereka sebelum PRU 13.

Media Baru YMDS tarajui hanya berjaya jika mereka dapat melaporkan tomahan parti pembangkang terhapat pemimpin BN yang tidak berasas.

Sebagai permulaan media baru hendalah menerangkan tentang pemberian tanah di kawasan ADUN Kubu Gajah.

Saya lihat macam media baru ini tidak tahu haluan. Macam hilang modal. Tidak kreatif untuk membetulkan prasangka rakyat terhadap pemimpin UMNO setempat.

Yang sebenarnya saya tidak tahu halatuju media baru. Saya selalu ingat mereka akan membetulkan sangkaan buruk terhadap pemimpin UMNO. Mereka macam kehilangan fakta.

Perak Today (Form) pun macam tak ingat tentang PERAK FUTURE (substance). Asyik Today sahaja. Persepsi Perak Today terhadap politik Perak masa depan masih kabur.

Sepatutnya mereka mesti menggalakkan ADUN Sungai Rapat membina rumah murah di Ipoh supaya orang Melayu ditempatkan di sana untuk membantu MCA menang dengan cemerlang. Kalau tidak mereka asyik membina rumah untuk kumpulan elit. Saya liat, walaupun mereka, Media Baru tapi peranan mereka masih macam lama.