Template by:
Free Blog Templates

24 August 2011

Bantuan Sekolah

















Ibubapa dan penjaga diingatkan agar tidak menyalahgunakan bantuan wang Kumpulan Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Kemenyerian Pelajaran untuk tujuan lain.

Bantuan itu merupakan ikhsan Kerajaan bagi menggurangkan bebanan Ibubapa miskin untuk menanggung keperluaan Pelajaran anak-anak mereka.

Mereka sebaliknya harus bersyukur dengan keperhatinan Kerajaan dalam memberikan bantuan tersebut.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian bantuan KWAPM Sekolah Rendah Kebangsaan Bagan Baharu pagi tadi.

Seramai 124 orang pelajar miskin menerima bantuan tersebut yang berjumlah lebih RM20,000 yang diadakan di Kantin Sekolah berkenaan.

Turut hadir Guru Besar, Osman Yahya dan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Pak Su Mat Arop dan Ketua Kampung Sungai Segar, Haji Mohd Zulkifli Ahmad.

Walaupun wang itu menjadi hakmilik mereka selepas disampaikan, tetapi peringatan itu dibuat bagi mempastikan segala perbelanjaan dibuat bagi kepentingan Pelajaran anak-anak mereka.

Terpulanglah kepada budi bicara mereka, kearna wang itu telah menjadi milik mereka, tetapi jika masalah kepentingan anak-anak mereka tidak diutamakan, ia sudah tentu mengundang masalah baru.

Menyentuh masalah Pelajar, Saya juga menyarankan agar Ibubapa dan Guru saling turun ke padang untuk mengentahui perkembangan anak-anak mereka serta mencari jalan mengatasi sebarang masalah yang timbul.

Soal kemajuan pelajar tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada pihak pengurusan Sekolah, sebaliknya Ibubapa dan Penjaga juga harus mengambil tahu dengan serious.

Ibubapa dan Penjaga juga diminta agar janganlan hanya menjadikan PIBG sebagai tempat terakhir untuk menyelesaikan maalah.

PIBG juga diingatkan agar pro-aktif dalam merancang program bagi membantu memberi kesedaran kepada Ibubapa dan Penjaga mengenai pentingnya mengambil berat memajukan anak-anak mereka.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kajian ada menyatakan ramai pelajar berjaya kerana mereka mengikuti tuisyen.

Orang kaya akan menghantarkan anak2 mereka mengikuti tuisyen sejak dari sekolah rendah lagi.

Ada juga baiknya wang ini digunakan untuk pembayaran tuisyen, dan guru kaunseling pula hendaklah membantu membelikan buku tambahan/latihan yang terbaik sekali untuk mereka.

Saya melihat anak kawan2 saya yang berjaya ialah mereka yang banyak membeli buku latihan dan membuat latihan sediri di rumah dengan menyemak jawapannya daripada jawapan yang disediakan.

Masa saya dulu guru besar menolong simpankan wang biasiswa dalam buku simapanan pelajar supaya tidak disalah gunakan pelajar dan ibu bapa mereka.

Pelajar yang gagal ialah kerana mereka memilih guru tuisyen yang tidak pernah memeriksa kertas peperiksaan kementerian.

Oleh yang demikian pilihlah guru tuisyen yang pernah memeriksa kertas peperiksaan kerana mereka ini saya rasa lebih bertauliah untuk menjayakan anak2 kita.

Anonymous said...

YMDS,

Saya merefleksi balik semasa zaman saya miskin dahulu.

Masalahnya ialah saya pun takut jumpa cikgu dan ibu bapa saya pun takut jumpa cikgu.

Macam mana nak turun padang. Yang berani pada zaman itu ialah seperti ayahanda YMDS sahaja, iaitu YM Raja Omar dan mereka yang jadi AJK UMNO pada masa itu.

Saya lihat ayahanda YMDS pun jarang2 (tak pernah saya lihat) ke sekolah YMDS belajar di Bagan Serai. Saya memang duduk di Bagan Serai. Tiap2 petang ada di padang sekolah, aktif dalam semua jenis permainan.

Masa itu AJK PIBGnya termasuklah Hj. Malek yang kenal benar dengan ayahanda YMDS dan juga Imam masjid Bagan Serai. Orang Melayu (terutama sekali kaum Banjar walaupun Imam masjid tersebut orang Banjar) yang lain takut hendak jumpa Guru Besarnya.

Cara merefleksi ialah kaedah yang baik untuk menyelami cara hidup orang miskin.

YMDS bayangkan semasa YMDS miskin dahulu. Munkin Tok Ketua Arshad pun YMDS takut hendak jumpa semasa YMDS di Sekolah Menengah dahulu.

Sebab itu banyak PIBG SK kampung tidak aktip seperti di sekolah China di Selama atau pun di Rantau Panjang dan Sungai Bayor (Sekolah Rendah Chi Seng) lebih aktif pada zaman ayah kita dahulu.

Sekian.