6 August 2011
Ramadan
Setiap kali tiba bulan Puasa, ramai penduduk tempatan tidak melepaskan peluang berniaga di bazar Ramadan di Pekan Kampung Mesjid, Ijok.
Ternyata penduduk tempatan mampu menyediakan masakan yang enak dan menyelerakan, hinggakan jualan mereka ada yang habis begitu cepat sebelum tanpa menunggu lama.
Beranika jenis lauk, masakan dan kuih muih yang dijual dan sambutan daripada penduduk begitu menggalakan.
Dalam tinjuan Saya ke bazar ramadan di Dewan Terbuka dan perkarangan Mesjid Kampung Mesjid, Saya begitu tertarik dengan usaha penduduk tempatan berniagan sebagai menambahkan mata pencarian mereka.
Terdapat juga dikalangan mereka yang berniagaan itu ahli Puteri dan Pemuda UMNO selain mereka yang sudah sememangnya berniaga di Pekan Hari.
Walaupun, kesempatan bagi menambahkan pendapatan berniaga di bulan Puasa ini, tetapi nasihat Saya ialah agar setiap mereka menjaga kebersihan agar tidak berlaku keracunan makanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
YMDS,
Saya gembira melihat YMDS selalu turun padang.
Tetapi pembangunan (tanpa bantuan kerajaan) di kawasan Kubu Gajah perlu juga kita NAIK PADANG.
Maksud saya jumpa orang atasan yang mampu membantu pembangunan Kubu Gajah. Saya lihat Menteri Kewangan DS Rafidah Aziz yang pandai naik padang. Ketua wanita sekarang pandai turun padang. Tapi kita mahu terkenal di peringkat global bukan hanya terkenal di peringkat kampung (turun padang).
Sebagai contoh YMDS hendaklah selalu berjumpa individu yang menerajui Sime Darby untuk membina Bandar Baru Kubu Gajah.
Kalau YMDS tak dapat jumpa Datuk Musa YMDS bolehlah berjumpa Azhar Abdul Hamid,, Badlishah Anuar, Mohd Bakke bin Salleh dan pengarah2 yang lain. MB kita nampaknya tak boleh buat apa2 untuk memajukan pekan Kubu Gajah.
Saya bukan hendak mengajar YMDS tapi saya takut YMDS terlupa bagaimana hendak melobi pembangunan dari pihak swasta. Selalunya mesti ada orang UMNO jadi pengarah mana2 syarikat.
Saya ingin mencadangkan supaya YMDS menukar minda untuk selalu berdekatan dengan individu seperti Rusli Ujang, Abdul Jamil Ahmad, Mihd Amir Osman di 10th Floor Wisma Genting Jalan Sultan Ismai untuk membina Pekan Baru Kubu Gajah jalan ke Selama.
Kalau YMDS jumpa MB selalu pun takkanlah beliau boleh bina Kubu Gajah.
Saya rasa YMDS perlu jumpa individu seperti Lodin Wok Kamaruddin (Pengurusi Boustead), Ghazali Mohd. Ali, Mohd Khir dan Rahim Md. Som untuk mecadangkan membina Bandar Baru Kubu Gajah di Estet Lembah Keluang kepunyaan Boustead.
Kalau YMDS berasa segan buatlah seperti orang Cina apabila membuat rumah terbuka panggillah mereka ini terlebih dahulu bukannya orang politik didahulukan. Orang politik selalunya ada duit tapi tiada tanah.
Saya mencadangkan YMDS mensyorkan nama calon yang akan bertanding di PRU 13 mestilah individu yang perupaya melobi pihak swasta membangunkan Kubu Gajah dan Ijok. Lihat latar belakang mereka. Adakah mereka rajin membangunkan diri sendiri atau asik komplen parti pembangkang tapi tanahnya pun tak bersih seperti padang bola.
Lagi satu lihat ketokohan mereka sama ada mereka ada potongan untuk menjadi Menteri Besar atau pun PM dan Menteri Kewangan (bagi parlimen). Kalau tiada ketokohan untuk jadi MB atau Menteri Kewangan janganlah calonkan mereka ini kerana jawatan2 seperti ini sahajalah yang dapat membangunkan pekan Kubu Gajah dan Ijok. Yang lain saya rasa asyik buat penyelidikan terlebih dahulu baru bangunkan Kubu Gajah. At the end habis wang negeri Perak buat penyelidikan tanpa pembangunan. Yang untung orang seperti Ernst Young dan konsultant2 yang merugikan wang negeri Perak.
Tak paya panggoil konsultant dan penyelidik.
Yang sebenarnya apabila YB2 turun padang mereka inilah penyelidik yang tulin dan sejati bukan syarikat seperti Earnst Young. Kalau tak percaya cuba YMDS jumpa tauke Earnst Young . Siapa lebih tahu tentang kawasan Kubu Gajah Earnst Young atau YMDS?
Dalam UMNO ramai yang bertaraf konsultant dan penyelidik tapi tidak dikenalpasti atau pun diketengahkan kerana kita asyik berpolitik sahaja. Maksud saya kita asyik mengenengahkan orang politik tapi tidak ahli UMNO bertaraf konsultant.
Kesimpulanya, semasa perhimpunan UMNO nanti YMDS hendaklah berjinak2 dengan pengarah Genting, Sime Darby dan Boustead. Buangkan masa yang lebih minum kopi dengan mereka ini daripada kawan seperjuangan kalaulah Kubu Gajah hendak maju.
Lagi satu YMDS hendaklah berbaik2 dengan Dato Hamzah untuk membangunkan Kubu Gajah. Dato Daud tak boleh buat apa2 untuk membangunkan Kubu Gajah. Begitu juga ADUN Batu Kuarau . Kalau kita asyik baca doa tanpa usaha macam mana Batu Kurau hendak naik. Itulah persoalannya?
Untuk makluman YMDS perkhidmatan pembangun sosial Boustead Sudah pun membina universiti di Semenyih, Sime Darby di Pagoh (dalam rancangan). Bagaimana jika universiti Genting di bina jalan ke Selama.
YMDS.
Dalam bulan puasa ini elok juga YMDS pergi membeli kuih di semua gerai di kawaan ADUN Kubu Gajah dan kalau boleh bersembahyang terawih di semua masjid di kawasan ADUN Kubu Gajah.
Elakkan Batu Kurau kerana periok nasi YMDS terletak di kawasan ADUN Kubu Gajah. Saya ucapkan tahniah kerana YMDS kelawat gerai Ijok. Sepatutnya semua gerai tepi jalan di kawasan ADUN Kubu Gajah mesti dilawati untuk bertanya khabar dan apa nak buat masa depan. Bawalah ahli majlis untuk membantu mreka. Kita asyik ahli majlis asyik membangunkan kosmetik Selama, Kubu Gajah, Ijok dll.
Sekian
YMDS,
Saya lihat YMDS masih tidak menggunakan Dato Hamzah untuk membangunkan kawasan ADUN Kubu Gajah.
Kita mempunyai kawasan kelapa sawit, hutan simpan dl. Cukai pungutan hasil yang telah diproses dari kayu balak, getah, kelapa dapat dipungut dengan perolehan berbilion ringgit.
Sepatutnya wang seperti ini boleh membangunkan LMS dengan membina kilang tayar. kilang hasil minyak kelapa sawit , kilang perabut dll yang dalam bidang kuasa Dato Hamzah.
Selain daripada itu Dato Hamzah boleh membina institut latihan membuat perabot, institut MPOB sebelah Utara dan Institut latihan RISDA selain dari kolej RISDA. Juga boleh membina pusat penyelidikan vertiner, pusat penyelidikan perhilitan dll.
Munkin selepas pilihan raya tugas Dato Hamzah bertukar dan kerjanya munkin tidak sesuai lagi untuk membangunkan Kubu Gajah atau LMS.
Kesimpulannya, perlu semua ADUN LMS berbuat baik kalau boleh kita bodek lagi beliau untuk pembangunan LMS. Bagaimana jika hari raya ini ADUN dan ahli parlimen kita berbincang untuk projek mega di LMS, bukan lagi membaiki masjid dan menaiki taraf jalan. Perkara ini jemu kita mendengarnya Buatlah sesuatu yang menjadi mercu tanda.
Sekian
Sekian.
YMDS,
Jika Dato Hamzah tidak boleh berbuat sesuatu (pembangunan) di LMS atas kapisitinya sebagai Timbalan Menteri munkin kita mengundi orang lain untuk ahli parliamen kita jika YMDS masih mencadangkan beliau menjadi ahli parlimen Larut.
Saya lihat beliau macam seperti bukan anak tempatan. Kalau anak tempatan yang asli sudah tentu beliau membangunkan LMS, atau pun kertas kerjanya tiada atau perancangannya tidak cukup oo..mph.
Sepatutnya bila kita buat kertas kerja/perancangan kita mesti bentangkan dulu jumlah cukai hasil produk tani yang dapat di kutip di LMS. Kalau lebih daripada daerah Bangi barulah kita minta pusat penyelidikan MPOB atau yang brkaitan di bina LMS. Begitu juga hasil getah. Jika LMS dapat mengeluarkan hasil getah melebihi dari kawasan Sungai Buloh maka kita syorkan pusat RISDA di bina di LMS.
Ini pula kita syorkan kilang biogas kelapa sawit di Perak. Apa dah jadi.
Kita mesti buat macam Trengganu minta lebih royalty kerana Petronas letaknya di Trengganu.
DI Amerika perkara salah guna cukai memang mendapat perhatian rakyat tapi di LMS kita biarkan cukai hasil tani membesarkan Puterajaya, sebagai contoh, atau pun Meru Jaya atau pun semua jenis JAYA.
Orang kampung LMS pun hendak juga Berjaya. Kalau ada 13 Mei sekali lagi sudah tentu YMDS balik kampung Tebing Tinggi. Betul tidak... Tak munkin ada 13 Mei sebab DAP sudah join venture dengan PAS dan PKR. Kalau join venture dengan pemuda MCA munkin mereka buat kacau. Tetapi perkara ini tidak akan berlaku. Nasib baik mereka join dengan PAS. Allah yang berkuasa.
Saya syorkan jika tidak ada pembangunan hasil daripada pertanian di LMS kita minta kerajaan memberi susidi kepada penoreh getah dan yang ada kelapa sawit kurang dari 10 ekar. Licencekan geran mereka.
Tak ada pembangunan tak apa tapi gantinya subsidi dari cukai perolehan jualan hasil tani, perhutanan dan haiwan.
Kalau boleh Selama dapat mengekspot babi hutan (untuk orang Cina) ular tedung dan monyet mungkin kita kita boleh kaya. Cuba tanya perhilitan untuk menangkap haiwan ini utuk diekspot hanya dari kawasan yang banyak mengeluarkan babi hutan, ular senduk dan monyet separti di kawasan ADUN Kubu Gajah.
Kawasan lain dari ADUN Kubu Gajah tidaklah boleh mengekspot babi hutan, ular tedung/senduk dan monyet. Belakang rumah saya ada 4 jenis ular tedung. Depan rumah saya ada dua jenis monyet dan tak kira banyaknya babi hutan. SEbab itu ramai tinggalkan kampung tersebut kerana terlalu takut dengaqn ular dan babi hutan dan seterunya penyamun/pencuri.
Indek keamanan Malaysia menurun tapi pencuri kelapa sawit dan kabel bertambah. Memanglah aman kerana kita biarkan mereka mencuri tapi kalau kita pukul mereka sudah tentu tak aman lagi.
Sekian untuk makluman YMDS.
YMDS,
Di pertengahan tahun lepas Institut Darul Ridzuan (IDR) merancang Jelas Expressway dari Jelapang ke Sungai Krian dekat Kubu Gajah.
Kita tahu fungsi IDR adalah mendapatkan Insight (I), Development (D) dan Realisation and Results.
Peringkat I (insight) sudah mereka lakukan. Bila pula IDR hendak menjalankan peringkat D (development)? 3.5 milion kita beri untuk kakitangan IDR, boleh tidak YMDS pantau kemajaun IDR selaku Pengurusi ODIT negeri Perak.
Development atau perkembangannya agak slow kemunkinan fungsi IDR tidak ada dari segi pemantauan.
Pilihanraya hampir tiba kita tidak mahu lebuh raya menjadi 'lebuh' atau menjadi 'hantu raya'.
Dari Batu Kurau hingga ke Sungai Krian kawasan yang dilaluinya kebanyakannya estet dan hutan simpan. Saya rasa tidak ada masalah besar kerana pengarahnya ada juga orang UMNO kecuali ladang yang berdekatan dengan Batu Kurau.
Memang tempat lain ada masalah. Mulakanlah membina di kawasan yang tiada masalah. Kalau tidak munkin janji kerajaan disalah tafsir pengundi di PRU 13.
Lagi satu kalau kerajaan Perak hendak main politik mainlah betul2.Jangan setengah tiang.
Sebagai contoh kawasan ADUN Kubu Gajah menang tipis. Kerajaan Perak merancang banyak pekan kecil yang hendak dimajukan.
Kalau kerajaan hendak main politik dulukanlah membangunkan Kubu Gajah dan Ijok kerana menang 66 majority.
Mengikut teori Gaussian yang kalah munkin kita tak boleh buat apa2. Yang penting sekali ialah yang menang tipis dan yang pengundi atas pagar.
MB kita suka buat penyelidikan. Sepautnya UMNO kita sudah pun tahu mereka yang duduk atas pagar (hasil penyelidikan) untuk diberikan kaunseling. Elok juga ahli UMNO belajar mengkaunseling mereka yang atas pagar. Sebagai contog Agama Islam sedah pun lengap mau pun dari segi politiknya. Tak perlu lagi parti Islam yang lain. Orang yang menghayati Agama Islam tentu tahu Agama ini sudah pun lenkap dari segi ekonomi, sosial, politik dan lain2.
Sekian
Post a Comment