Template by:
Free Blog Templates

1 August 2011

Majlis berendoi dan cukur kepala





Menghadiri majlis Berendoi dan cukur kepala anak Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pondok Quinn, Norazmi bin Yusof, 38 tahun, tenghari tadi.

Anak, Azemi yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Larut dan Isteri, Norhashira binti Abu Hassan, 32 tahun ialah Nur Elisya Asmira.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Cawangan Pondok Quinn, Mohd Annuar dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Paya, Hasbullah Elias.

Pada majlis itu turut diadakan ialah makan tenghari dan majlis tahlil.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat pembangunan masyarakat (sosial) dan politik YMDS boleh diberikan 5 bintang.

Tapi yang saya susah hati ialah pembangunan ekonomi.

Saya tidak tahu hendak memberi berapa bintang kerana pekan Kubu Gajah dan Ijok belum nampak bayang.

Saya pernah mensyorkan pejabat MPOB di pindahkan ke Kubu Gajah tapi YMDS tak mahu dengar cakap ikan bilis.

Setahun lepas itu ia berpindah ke TAIPING dari Bagan Searai.

Kelemahan pembangunan kerajaan ialah ia tidak melihat kepada HABITAT tapi lebih kepada PEMASARAN.

Berapa hektor tanaman kelapa sawit ada di kawasan Taiping?

Begitu juga pejabat Vertiner. Ada 400 ekor lembu di FELDA dan 200 di kawasan estet Lembah Keluang dan ada tiga tuan lembu di Kubu Gajah termasuk Hj, Idris yang setiap malam lembunya berumah di belakang rumah saya.

Saya tak boleh tegor lagi Haji Idris ini. Begitu juga di Sg Dendang. Ladang Malaya.

Yang sebenarnya hanya makcik yang menjaga lembu Hj. Faisal dan tukang kebun polis Selama yang ada lembu di Selama.

Kesimpulanya, kenapa pejabat Vertiner ada di Selama tidak di Kubu Gajah.

Kita masih membuat pembangunan diluar kawasan habitat haiwan peliharaan.

Begitu juga pejabat perhilitan haiwan perosak paling banyak di kawasan ADUN Kubu Gajah. Tiap2 pagi tembakan berbunyi di antara ladand Simpang Lembah Keluang dengan rumah ayahanda YMDS (tembak babi). Begitu juga kera. Taiada sebiji rambutan pun boleh di kutip dari tanah YMDS. Harimau dan babi hutan sebesar anak lembu pun ada di kawasan tanaman kelapa sawit di belakang rumah YMDS. Kalau YMDS ada teropong waktu senja dan pagi harimau pun boleh nampak berjalan2 di kawasan kelapa sawit di belakang rumah YMDS. Ulat tedung Seloa ada 4 jenis.

YMDS hendaklah membuat statistik tentang ular/biawah gajah supaya pejabat perhilitan mesti dibina di Kubu Gajah bukan di Selama.

Banyak lagi jabatan2 lain seperti jabatan perhutanan, Ikan air tawar Lembaga Nenas Nenas Negara dll.

Kesimpulanya YMDS hendaklah bekerja keras untuk melobi pembangunan tersebut dengan mereka2 ini.

Kalau YMDS tidak mampu melobi misalnya untuk membina pekan baru Kubu Gajah di tanah Sime Darby saya harap YMDS hendaklah mensyorkan nama wakil rakyat yang akan bertanding nanti sanggup melobi Sime Darby membina Pekan Baru Kubu Gajah dan Boustead membina kedai berderet Lembah Keluang. Saham Bousted meningkat 5.85 semalam.

Tak bolehkah mereka membuat tapak perumahan di sana kerana orang India asyik menyewa rumah di Lembah Keluang. Begitu juga estet Sungai Malau.

Yang pentingnya jika ada jamuan resmi kerajaan Chairman Boustead dan Sime Darby hendaklah dipanggil.
Saya jemu melihat orang yang sama dipenggil untuk kenduri resmi.

Bagi jamuan tempatan memadailah pengurus ladang tempatan dipanggil Saya lihat YMDS asyik panggil orang yang sama. Sebab itu Kubu Gajah dan Ijok mati. Jamuan resmi kerajaan hendaklah jemputannya didahulukan kepada mereka yang mahu menderma dan membangunkan Kubu Gajh dan Ijok. Konsep pelaburan asing hendaklah diterapkan diperingkat ADUN.