28 August 2011
Anak Yatim Jelai
Kebajikan anak-anak Yatim dan warga emas serta Ibu Tunggal tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat, sebaliknya ditangan mereka jugalah, golongan ini begitu mengharapkan bantuan bagi mengatur perjalanan hidup mereka.
Golongan yang berada dan berkemampuan juga harus membantu mereka yang tidak berkeupayaan.
Jika golongan ini dibiarkan hidup melarat tanpa pertolongan daripada mereka yang berada ia akan menjadikan keadaan masyarakat seluruhnya berada dalam keadaan yang tidak stabil.
Saya berkata demikian di majlis penyampaian sumbangan Hariraya keapda lebih 30 orang anak-anak yatim, warga emas dan ibu tunggal di Mesjid Jelai, petang tadi.
Sumbangan itu adalah tajaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kamung Jelai, dekat Batu Kurau.
Turut hadir Ketua Kampung Jelai, Mohd Ali Awang Besar dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Mesjid serta JKKK.
Saya memuji usaha JKKK Jelai kerana setiap tahun menjelang Hariraya Aidil Fitri, mereka akan menyediaka sumbangan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan warga emas di sekitar Kampung tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Kerajaan hendaklah memasukkan semua anak yatim yang dapat aggreget B ke sekolah asrama penuh.
Kalau tak silap saya zaman dulu 5 B pun dapat ke luar negara/asrama penuh.
Tidak semestinya mereka yang dapat semua A berjaya dalam career mereka. Saya ingat Dr Mahathir pun setuju dengan saya.
OKU dan warga emas jangan biarkan mereka terpengap dalam rumah untuk mengelakkan sakit tua/lemah anggota.
Di Barat mereka diberi peluang bebas seperti rakyat biasa dan mendapat layanan sama seperti VVIP.
Boleh tidak kereta/motosikl mereka ditanda dengan VVIP. Kita mesti kreatif, berlainan daripada yang lain.
Selalunya maksud kraativiti kita terhad kepada sesuatu perkara sahaja. Orang bercerai pun kerana mereka tidak kreatif.
Kita asyik lihat orang Cina, India, Melayu sahaja. Kita tidak ingat secara global. Misalnya kita ingat kita miskin kerana kerajaan, orang Cina lah orang Melayulah. Minda kita asyik kedaerahan tidak melihat secara global. Saya jual talipon kad sudah pakai di England satu pound sekeping (dapat free). Adakah saya miskin kerana kerajaaan bantu Melayu atau Orang Cina kaya sebab pembelinya hanya Melayu.
Malaysia 1 akan berjaya jika minda kita menjadi minda global. Kalau orang India asyik cemburu Melayu, Orang Cina syik cemburu Melayu yang kaya, orang Melayu cemburukan orang Cina samapai bila pun kita tidak mencapai Malaysia satu.
Cuba pandang jauh. Ada kawan saya kerja dipnyelidikan farmasi di US dapat gaji 15,000 US dollar. Pekerja animasi pula dapat 40,000. Buat apa cemburu Cina atau Melayu. Sepupu saya kerja di Kuwait dapat $30.000 ringgit Malaysia. Tak payah kerja 30 tahun. Kerja jururawat pun dapat lebih 10,000 ringgit Malaysia,
Go East Go West. Don't hate your Malaysians. The world is for you. If you hate any Malaysian your mind is dumb and stupid. You cannot see the treasure far away.
Post a Comment